MASERATI CURI HILANG KAWALAN, REMAJA 15 TAHUN MENINGGAL
Seorang remaja meninggal dunia dan rakannya pula berada dalam keadaan kritikal selepas kereta berkuasa tinggi Maserati hilang kawalan dengan kunci masih dalam penyalaan selepas Taufan Ian.
Mario Bonilla yang berusia 15 tahun meninggal dunia dalam nahas awal pagi itu. Sementara rakannya, Malachi Daniels, 16, yang berada di tempat duduk belakang ketika kereta mewah itu terbalik berada dalam keadaan kritikal. Pemandu kenderaan ketika itu, Keondrick Lang, 15, bagaimanapun dijangka terselamat.
Lang menceroboh masuk ke dalam Maserati yang tidak berkunci dan memandu dengan laju ke tepi bangunan. Jabatan Syerif Daerah Pinellas dilapor sedang menyiasat kemalangan maut itu dan akan berkongsi rakaman kamera papan pemuka tidak lama lagi.
Syerif Daerah Pinellas, Bob Gualtieri memberitahu seorang anggota polis yang berada di dalam sebuah helikopter melihat kumpulan remaja berkenaan mencuri Maserati pada kira-kira 3.20 pagi ketika mereka melalui kawasan itu dalam perjalanan untuk membawa seorang suspek ke dalam tahanan.
Anggota tersebut melaporkan Lang menggunakan bajunya untuk menarik pemegang pintu pada kereta yang diletakkan di St Petersburg, supaya tidak meninggalkan sebarang cap jari. Lang melihat ada kunci masih ada, sebelum rakan-rakannya melompat ke masuk ke dalam kereta
Polis berkenaan segera menghubungi rakan sejawatan mereka dan cuba menghalang remaja itu sebelum mereka melarikan diri.
- BACA: MINI COOPER CURI TERSANGKUT DALAM SIMEN BASAH – DAH LA MENCURI MABUK PULA TU
- BACA: KERETA POLIS PUN JADI MANGSA KECURIAN PENGUBAH PEMANGKIN – HATI KERING BETUL PENCURI NI
- BACA: SELEPAS CURI MOTOSIKAL, WANITA JATUH DALAM PARIT
- BACA: POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI CATALYTIC CONVERTER. KERUGIAN CECAH RM51.6 JUTA