Artikel PilihanBuletin

MAZDA CX-8 LAKU KERAS DI JEPUN. 12,000 UNIT TEMPAHAN SEBULAN!

SUV merupakan kenderaan trending hari ini. Hampir setiap pengeluar sudah membina model masing-masing dan antara syarikat yang terawal “mengesan” populariti SUV ialah Mazda.

Sebagai sebuah syarikat kecil dari Jepun yang tidak pernah pedulipun tentang apa yang berlaku dalam industri automotif, pada pertengahan 2005, mereka membuat keputusan untuk membina SUV generasi baru.

Jika Mazda Tribute yang dihasilkan sebelum ini membuatkan kau rasa nak terajang tengok rupa dia, pada 2006, Mazda menghasilkan CX-7 dan CX-9.

Yang cantik dan canggih.

Fokus mereka ialah pasaran Amerika. Kemudian, mereka hasilkan CX-5 dan CX-3.

Kagum sebenarnya dengan Mazda ni sebab dia tak besar macam Toyota, Honda dan Nissan. Mazda ni macam Mitsubishi dan Subaru saja.

Hari ini, Mazda ada CX-3, CX-5 dan CX-9 untuk pasaran dunia. Sementara itu di Jepun, mereka tidak pasarkan CX-9. Ia kerana saiznya yang serupa gergasi dan menyebabkan cukainya terlalu tinggi.

BACA: MAZDA CX-9, FINALIS KERETA TERCANTIK DUNIA

Mazda menghasilkan CX-8, khusus untuk pasaran Jepun dan lebih pelik lagi, dengan satu pilihan enjin sahaja iaitu 2.2 disel turbo. Pelik sebab pasaran kenderaan Jepun sangat tidak popular dengan disel.

Menambah pelik lagi ialah, SUV ini sangat laris. Sebulan dilancarkan, ia ditempah sebanyak 12,000 unit.

Gila.

Disebuah negara yang lebih menggemari Honda  N-Box, Toyota CH-R dan Prius, Mazda yang entah dari mana tiba-tiba berjaya dengan konsep idea yang bukan baru pun.

Mungkin CX-8 ni menang sebab ia didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk. Harga jualannya bermula dengan 3 juta Yen atau RM108,000. Harga ini lebih murah dari sebuah Toyota Vellfire spesifikasi pekak ya robbi sedangkan varian Mazda CX-8 ini memang datang dengan spesifikasi premium dan enjin disel tubo moden.

Dan jika dilihat pada strategi jualan Mazda Jepun, mereka sebenarnya membuat keputusan yang sangat bijak. Pada harga begini, ia jauh lebih murah berbanding SUV Eropah yang menawarkan konfigurasi tujuh tempat duduk.

Dengan kata mudahnya, ia tiada saingan. 

BACA: MAZDA DAN 50 TAHUN ENJIN ROTARY

Pasaran kenderaan tujuh tempat duduk di Jepun semuanya terdiri kenderaan MPV dan Mazda membuat sebuah SUV, tujuh tempat duduk dan enjin disel dengan tork 420Nm.

BIjak kan?

 

Tags
Google ads
Back to top button