Buletin

JAMBATAN HONG KONG-ZHUHAI-MACAU BAKAL BEROPERASI

JIkalau negara kita cukup berbangga dengan Jambatan Sultan Abdul Halim dengan jarak lebih kurang 24km yang menghubungkan kawasan Batu Maung dan Batu Kawan, rakyat negara China juga pasti turut boleh berbangga dengan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau. Bukan setakat menghubung dua tempat, malah tiga tempat sekali gus.

BACA : LORI TANGKI BAWA LPG TERBABAS, CETUS KEBAKARAN BESAR DI LEBUH RAYA DI CHINA

BACA : RANGE ROVER SPORT DAKI 999 ANAK TANGGA PADA KECURAMAN 45 DARJAH DI CHINA

Oh ya, sebelum terlupa Brader Karrager nak ingatkan semula bahawa Jambatan kebanggaan kita itu sebenarnya turut mendapat sentuhan kejuruteraan China. Jadi, apalah sangat apabila mereka ingin membina jambatan di atas air yang terpanjang di dunia dengan jarak keseluruhan jambatan ini adalah 55km.

Projek bertaraf mega ini telah dimulakan pada tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada November 2017 yang lalu. Bila nak buat jambatan yang merentasi, apatah lagi ianya turut mempunyai empat terowong bawah tanah yang salah satunya melalui bawah laut, sudah tentulah strukturnya bukan calang.

Jumlah besi yang diperlukan untuk membina keseluruhan jambatan ini bersamaan dengan membina 60 buah Menara Eiffe. Lebih kurang 420,000 tan besi. Entah berapa banyak pula ibu besi yang Jurutera ini taruk.

Kehandalan kejuruteraan China agak unik juga sebenarnya. Mereka harus membina pulau buatan bagi menyokong struktur yang mana ianya turut berfungsi sebagai laluan keluar masuk ke jambatan.

Apabila jambatan ini dbuka kepada orang ramai kelak, dijangkakan jarak perjalanan dari Macau ke Hong Kong sambil merentasi Sungai Mutiara adalah lebih kurang sejam sahaja. Senang sikit nak bawa anak-anak ke Disneyland selepas sang bapa menang loteri.

Jambatan tiga lorong sehala ini dibina dengan kos menelan USD 15 billion. Tukar nilai dengan duit kita lebih kurang RM58 biliion. Kalau ada anak raja Arab sumbang duit lagi barangkali kita boleh pertimbangkan nak bina jambatan dari Langkawi ke Kuala Perlis. Senang sikit nak usung pinggan mangkuk.

Menurut sumber rasmi, jambatan mega ini dijangka mampu bertahan sehingga 120 tahun. Kira oklah tu. Konsessi pun balik modal lama dah rasanya. Jangan-jangan lagi dua tiga puluh tahun dunia pun kiamat dah. Kita ini dah memasuki fasa keempat dah oi! Bukannya lama sangat pun.

Jangan nak bergaduh sangat. Sikit-sikit gaduh tu ok. Masanya untuk tingkat amalan dan prestasi, iya tak?

 

 

Google ads

B K

Back to top button