Buletin

MAZDA3 HATCHBACK 2014

Mazda memperkenalkan model terbaharu Mazda3 hatchback 2014 pada Rabu lalu di beberapa lokasi di seluruh dunia iaitu London, Istanbul St. Petersburg, New York dan Melbourne. 

270613maz-d

Model kompak lima pintu ini menggunakan teknologi SKYACTIV dan reka bentuk KODO – Soul of Motion. Jadi anda boleh mengharapkan semua manfaat daripada teknologi tersebut dan rekaan yang menarik berbanding mana-mana pesaingnya dari Jepun.

Sebelum ini, teknologi SKYACTIV dan reka bentuk KODO sudahpun diaplikasikan ke atas model SUV Mazda CX-5 dan sedan eksekutif Mazda6.

Mazda3_Hatchback_2013_detail_03__jpg72

Sekali pandang, jentera ini kelihatan seperti Mazda6 yang dikecilkan. Ia nampak cukup kemas dan menarik. Harus tahu bahawa Mazda3 ialah model paling laris Mazda. Dengan sumbangan satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan Mazda, Mazda3 sememangnya amat penting dalam perancangan syarikat. Namun. saya kira dengan model terbaharu ini, meneruskan populariti sedia ada bukanlah satu tugas yang sukar.

Mazda3_Hatchback_2013_detail_02__jpg72

Bagi mereka yang kurang arif mengenai SKYACTIV, ia merupakan teknologi termaju binaan Mazda. SKYACTIV melibatkan enjin ringan, transmisi, badan dan kerangka demi menghasilkan sebuah kenderaan yang efisien. Inovasi SKYACTIV juga meningkatkan proses pembangunan kenderaan dan aspek pengilangannya.

SKYACTIV dan rekaan KODO juga bertanggungjawab menaikkan semula nama Mazda sebagai pembuat kenderaan yang wajar diberi perhatian.

270613maz

Untuk pasaran global, Mazda3 hatchback didatang dengan pilihan enjin SKYACTIV-G petrol dan SKYACTIV-D diesel. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan.

Sistem pemberhentian melahu (idle stop) paling pantas di dunia, i-Stop telah dijadikan sebagai satu peralatan standard. Bukan itu sahaja, sistem janaan semula tenaga, i-ELOOP pun ada ditawarkan.

Mazda3_Hatchback_2013_interior_02__jpg300

Enjin SKYACTIV-G 1.5 liter mampu menghasilkan kuasa sehingga 100PS @ 6,000rpm dengan tork 150Nm @ 4,000rpm. Sementara enjin bersesaran lebih besar iaitu SKYACTIV-G 2.0 liter pula berupaya menjana kuasa maksimum 120PS @ 6,000rpm dan tork puncak 210Nm @ 4,000rpm.

Kalau diikutkan, angka itu agak kecil. Namun, ia mungkin ditala sedemikian untuk memberikan penjimatan bahan api yang sewajarnya. Kedua-dua enjin tersebut menepati standard emisi Euro 5.

270613maz-a

Satu lagi enjin yang ditawarkan dan agak mustahil untuk sampai ke Malaysia ialah enjin diesel SKYACTIV-D 2.2 liter common-rail. Enjin dengan dua pengecas turbo itu berkuasa 150PS dan tork 380Nm @ 1,800rpm. Memang terbaik!

“Semua perkara tentang Mazda3 adalah mengujakan. Sama ada dari segi penampilan, prestasi dinamik, maklum balas responsif, ketahanan atau kos operasinya. Mazda menjangkakan model ini akan memperoleh kejayaan membanggakan. Saya fikir ia akan mengejutkan kami semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Motor Europe, Jeff Guyton.

Mazda3_2013_Simultaneous_Brand_Event_01__jpg300

Bagi pasaran tempatan, Mazda3 sedia ada sudahpun tiba di peringkat akhir kitaran hayatnya. Jika melihat kepada trek rekod pengedarnya di Malaysia, Bermaz, ada kemungkinan Mazda3 baharu tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk tiba ke sini!

[hr] Galeri 

270613maz-bMazda3_2013_Simultaneous_Brand_Event_05__jpg300270613maz-eMazda3_2013_Simultaneous_Brand_Event_06__jpg300

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button