Buletin

MBM LANCAR A 200 PROGRESSIVE LINE DAN A 250 4MATIC AMG LINE FACELIFT 2023. BERMULA RM239K

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan keluarga A-Class facelit ke pasaran tempatan. Jentera tersebut ditawarkan dalam varian A200 Progressive Line, A 250 4MATIC AMG Line dan AMG A 35 4MATIC yang dipasang tempatan. 

Varian teratas iaitu Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ ialah unit CBU hadir dalam bentuk badan hatchback dan ditawarkan sebagai AMG Street Style Edition. 

A 200 Progressive Line

Tampil dengan kit luaran Progressive Line bersama dua lekuk pada bonet, grill radiator direka semula dan corak geometri. Lampu utama dilengkapi ciri Adaptive Highbeam Assist untuk memberikan pandangan lebih jelas kepada pemandu. 

Ia juga dipasang dengan rim aloi ringan 5 jejari berkembar berwarna hitam berkilat bersaiz 17 inci. 

Ruang kabin nampak moden dan berteknologi tinggi menerusi paparan dua skrin terapung berukuran 10.25 inci. Corong pendingin hawa berbentuk turbin angin itu nyata membuatkan ruang ini rasa lebih mewah.

Panel instruman dan pintu dikemaskan lagi dengan kemasan gentian karbon berwarna gelap. 

A 200 menggunaan enjin empat siliner bersesaran 1.3 liter turbo berkuasa 163hp dan tork 270Nm. Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik klac berkembar, ia mampu memeceut dari 01-00km/j dalam masa 8.3 saat dengan pecutan maksimum 230km/j. 

Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan Parking Package, kamera undur, Active Parking Assist, Blind Spot Assist, Exit Warning Assist dan Active Brake Assist. 

Jika berminat, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM238,888 seunit.

A 250 4MATIC AMG Line

Sedan ini dibezakan menerusi penggunaan gril bercorak bintang dan lampu utama LED yang nipis. Varian itu menggunakan rim aloi ringan bersaiz 18 inci 5 jejari berkembar berwarna kelabu. 

Didatangkan dalam pilihan warna metalik dan bukan metalik, sedan tersebut dipasang dengan lampu utama bersama ciri daptive Highbeam Assist. 

Tempat duduk dibalut dengan kulit buatan ARTICO serta gentian mikro MICROCUT, di samping kemasan aluminium dan jahitan benang berwarna merah.  

Lebih menarik lagi, sedan itu dilengkapi MBUX (NTG7) generasi terkini yang membolehkan pemandu menukar gaya paparan mengikut kehendak mereka sama ada Classic, Sporty dan Discreet. Terdapat tiga mode yang boleh dipilih iaitu Navigation, Assistance dan Service, selain tujuh warna. 

Sistem keselamatan varian ini ditambah dengan ciri Sport Brake System. 

A 250 4MATIC AMG Line menggunakan khidmat enjin turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa 224hp dan tork 350Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan menerusi kotak gear klac berkembar lapan kelajuan automatik. Ia juga dipadankan dengan sistem hibrid 48volt yang memberi 10kW lebih kuasa. 

Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam mada 6.4 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 250km/j. 

Model itu ditawarkan pada harga bermula RM264,000 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button