10 FAKTA PANTAS BERKENAAN TRANSMISI BARU PERODUA, D-CVT. POWERRR
Ok, pertama penulis ingin mohon maaf atas kekeliruan sebelum ini. Penulis bayangkan yang transmisi baru D-CVT yang digunakan adalah sama dengan transmisi Direct Shift CVT yang digunakan oleh Toyota. Faktanya D-CVT bukan Direct Shift CVT. Bagi kami penggunaan transmisi D-CVT oleh Perodua bagi menggantikan transmisi 4 kelajuan automatik yang biasa digunakan adalah satu langkah yang besar.
Selamat datang D-CVT dan bye-bye 4 speed auto. Ini fakta pantas yang anda kena tahu berkenaan transmisi D-CVT Perodua Ativa
1. D-CVT bermaksud Dual Mode Continuously Various Transmission. Ia dipanggil Dual Mode kerana output dari enjin dihantar keluar dari tayar melalui tranmsmisi CVT biasa atau satu gear mekanikal planetary gear set. Berbeza dengan Direct Shift CVT milik Toyota yang menggunakan gear mekanikal pada awal pecutan, D-CVT menggunakan gear mekanikal pada halaju tinggi.
2. Dalam operasi D-CVT, apabila kereta mulai bergerak kuasa enjin akan dihantar dan digandakan melalui sistem CVT biasa. Sebaik sahaja ia mencapai halaju tinggi, gear mekanikal planetary gear set akan bersambung dengan gear input. Jadi pada halaju tinggi, kuasa enjin akan dipindahkan dengan menggunakan gear mekanikal hampir 90% (anggaran)
3. Sebab apa 90%? Sebab walaupun gear input dan output telah bersambung dengan gear mekanikal planetry gear set, tiada klac yang memutuskan input pada sistem CVT. Jadi sistem ini dipanggil Dual Mode CVT. Dan paling menarik ia beroperasi secara terbalik berbanding dengan Direct Shift CVT milik Toyota.
4. Kenapa CVT? Kenapa bukan 6 kelajuan auto? Jawapannya ialah kos. Bagi kereta kompak, jika ia dibangunkan dengan menggunakan transmisi 6 kelajuan auto, kos jualan akan menjadi lebih mahal dan mempengaruhi harga jualan kereta. Jadi CVT dipilih kerana ia lebih murah untuk dihasilkan. CVT biasa memiliki prestasi yang sama dengan transmisi 6 kelajuan automatik
5. Satu lagi CVT dipilih ialah kerana ia memiliki saiz yang kompak, ringan dan boleh memenuhi keperluan penjimatan petrol yang ingin dicapai oleh jurutera. D-CVT pula memeliki persamaan prestasi menyamai transmisi automatik 8 kelajuan dalam saiz yang kompak dan ringan.
6. Semasa transmisi ini dibangunkan, terdapat 2 spesifikasi yang berbeza iaitu berupaya menahan 100Nm (kapasiti kecil) dan satu lagi 150Nm tork (kapasiti sederhana). Unit yang dipasang pada Perodua Ativa ialah 150Nm dan jangan risau kerana enjin Ativa hanya menghasilkan tork maksima 140Nm tork.
Jadi jangan nak memandai modify turbo, kalau lebih 150Nm tork……….
7. Jika dibandingkan dengan transmisi CVT sebelum ini yang dibangunkan oleh Daihatsu, D-CVT menggunakan kaedah 4 Axis CVT. Kecekapan sistem ini meningkat sebanyak 8% berbanding dengan CVT konvensional. Julat operasi telah meningkat dari 5.3 kepada 7.3. Sebab itu transmis D-CVT ini memiliki prestasi seperti transmisi 8 kelajuan automatik
8. Dari segi penggunaan petrol, penjimatan yang berjaya dicapai ialah sebanyak 12% pada halaju 60km/j. Bagi halaju 100km/j, penjimatan yang berjaya dicapai ialah 19%. Bacaan RPM enjin menurun sebanyak 550RPM bagi halaju 100km/j jika dibandingkan dengan transmisi CVT biasa. Maka tak hairanlah Perodua Ativa mencatatkan bacaan 18.9km bagi setiap liter
9. Berdasarkan laporan ujian awal, Perodua Ativa ditawarkan dengan satu butang tambahan “Power” bagi menala ECU enjin dan transmisi agar menjadi lebih agresif. Ia turut menawarkan pilihan gear manual 7 kelajuan yang dihasilkan secara maya. Anda boleh mengawal sendiri gear tersebut dengan menggunakan slot M
10. Daihatsu membangunkan sendiri transmisi ini secara in-house atau dalaman. Transmisi Dual Mode CVT ini dihasilkan di fasiliti Akashi Kikkai Malaysia di fasiliti kilang canggih yang terletak di Sendayan. Disebabkan komponen ini dihasilkan dalam negara, maka kos penghasilan adalah rendah dan Perodua Ativa dijual pada harga sangat kompetitif.
Video operasi cara transmisi D-CVT beroperasi boleh ditonton di sini