Buletin

PEUGEOT PERKENAL LOGO BAHARU. MASIH KEKALKAN SINGA

Peugeot mendedahkan logo baharu selepas merombak kenderaan mereka dalam tempoh 10 tahun sejajar dengan perkembangan inovasi industri automotif dan menjadikan ia lebih premium.

Pengenalan logo terbaharu ini merupakan logo yang ke-11 digunakan Peugeot sejak tahun 1850 dan bakal digunakan sebagai sebahagian daripada peralihan jenama itu.

Syarikat berkenaan yang memiliki pengalaman revolusi termasuk perindustrian, teknologi, politik, sosial, digital akan menjadikan peralihan tenaga serta mobiliti sifar karbon sebagai teras strategi masa depan lebih lestari.

Dengan mengekalkan imej singa, logo terbaharu ini menampilkan sebahagian kepala sahaja berbanding logo terdahulu dengan font yang lebih moden.

Ia sangat bertepatan dengan perkembangan inovasi semasa dan untuk mengekalkan identiti pengeluar kereta itu.

Identiti baharu ini akan digunakan pada bahan promosi termasuk laman web dan semua pusat pengedar Peugeot menjelang akhir tahun 2023 sebelum ia diaplikasikan pada kenderaan produksi.

Dalam pada itu, Peugeot turut akan memperkenalkan rangkaian koleksi lifestyle terbaharu termasuk pakaian, aksesori fesyen, produk kulit, aksesori elektronik dan banyak lagi.

Google ads
Back to top button