Buletin

MBM UMUM PRESTASI JUALAN Q3 2015

Biarpun di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) nampaknya terus mencatat jualan memberangsangkan.

Mercedes-Benz-Q3-2015-results-mekanika (3)

Dalam majlis pengumuman prestasi jualan untuk suku ketiga tahun 2015,  MBM menyatakan ia mengukuhkan posisinya selaku peneraju segmen premium di Malaysia apabila mencatat kenaikan jualan sehingga 70 peratus.

Ia mewakili 8,276 unit, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran No. 1 Mercedes-Benz di Asia Tenggara. Sehingga Ogos 2015, MBM berjaya menjual 7,194 unit, berbanding hanya 6,932 untuk tahun 2014.

Mercedes-Benz-Q3-2015-results-mekanika (4)

Untuk suku ketiga 2015, MBM mencatat jualan empat angka iaitu sebanyak 3,033 unit atau pertumbuhan 109 peratus berbanding Q3 2014 (1,451 unit).

Jualan MBM didominasi oleh model-model pemasangan tempatan seperti C-, E- dan S-Class yang menyumbang sebanyak 2,188 unit. Pertumbuhan mapan itu turut disokong oleh penerimaan positif terhadap model kompak seperti CLA (301 unit) dan GLA (299 unit).

Mercedes-AMG-C-63-S

Bagi kategori jentera berprestasi tinggi pula, MBM berjaya menjual 302 unit kenderaan Mercedes-Benz AMG.

Mengulas tentang impak kejatuhan nilai Ringgit terhadap MBM, Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya, Mark Raine menyatakan pihaknya akan mengekalkan harga sedia ada.

Mercedes-Benz C 200 AVANTGARDE (2)

Teruja dengan penerimaan pasaran terhadap model C-Class CKD, MBM kini memperkenalkan dua varian  baharu iaitu C200 Exclusive dan C250 AMG bagi menyertai model C200 Avantgarde yang telah ditawarkan sebelum ini.

C200 Exclusive ditawarkan pada harga RM252,888 seunit, C200 Avantgarde berharga RM248,888 dan C250 AMG pula boleh anda miliki pada harga RM287,888. Semua harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (7)

Memandangkan model-model tersebut menepati kriteria Dasar Automotif Negara (NAP 2014), maka ia layak menerima insentif NAP.

Menyentuh mengenai pengecualian cukai ke atas model hibrid yang bakal berakhir pada hujung tahun ini, Raine memberitahu MBM telah memohon lanjutan insentif  itu daripada kerajaan.

Mercedes-Benz-Q3-2015-results-mekanika (7)

MBM kini menawarkan model Mercedes-Benz E300 BlueTec Hybrid dan S400L Hybrid pada harga RM348,888 dan RM587,888 seunit. Ia yakin bahawa harga yan menarik itu dapat dikekalkan untuk tahun 2016.

Google ads
Back to top button