Motosikal

YAMAHA XV950R BOLT – RM52,500!

Enam bulan pertama 2015, volum jualan industri bagi pasaran motosikal besar menurun hampir 3.5 peratus berbanding sebelumnya.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (6)

Pada tempoh yang sama tahun lalu, pihak pengeluar motosikal berjaya mencatatkan jualan 7, 205 unit berbanding 6, 953 tahun ini.

Nampaknya penurunan ini mungkin akan berterusan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang. Bagaimanapun, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) yakin bahawa permintaan pasaran motosikal besar akan pulih kembali seperti dua tahun lalu, berikutan peningkatan gaya hidup dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (14)

Yakin dengan situasi berkenaan, HLYM tidak teragak-agak untuk memperkenalkan  Yamaha XV950R BOLT lebih awal ke pasaran Malaysia. Malah, kehadiran Bolt melengkapkan tawaran segmen motosikal berkuasa tinggi besar sedia ada Yamaha seperti XJ6, MT07 dan MT-09.

Model bagi segmen easy rider itu dijana oleh enjin V Twin 942cc suntikan petrol dengan sistem penyejukan udara, 4-lejang dan dua silinder. Dengan kapasiti itu, Bolt mampu menjana kuasa mencecah 52.1PS @ 5,500rpm dan tork maksimum 79.5Nm @ 3000rpm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh kotak gear lima kelajuan.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (3)

Yamaha XV950R Bolt nyata elegan, hasil daripada inspirasi model motor era 1970-an. Malah, apabila pertama kali melihatnya mengingatkan anda kepada motor Harley-Davidson.  Lampu depan yang bulat menyerlahkan kriteria klasiknya.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (5)

Bagi mengekalkan penampilan Bobber, Bolt menggunakan rim 12 jejari bersama padanan tayar 100/90-19 di depan dan 150/80-16 di belakang. Bagi melengkapkan lagi imej berkenaan, Yamaha memadankannya dengan suspensi sporty bersama cakera brek bersaiz 298mm yang memberikan prestasi seimbang dan cengkaman meyakinkan. Ciri ABS juga didatangkan standard bagi model ini.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (1)

Diimport dari Jepun, harga jualan Bolt ialah RM 52,500 (GST, tidak termasuk insurans). Bagaimanapun unit CBU adalah terhad. Hanya sekitar 100 unit sahaja. Menurut HLYM, XV950R BOLT pemasangan tempatan (CKD) hanya akan memulakan produksinya pada penghujung 2016.

Model XV950R BOLT turut didatangkan dengan pilihan aksesori. Bagaimanapun, HLYM masih tidak memutuskan harga standard bagi aksesori Bolt. Bagi mereka yang berminat bolehlah menempah di pusat jualan Yamaha ataupun terus ke ibu pejabat HLYM.

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (2)

Ditawarkan dengan hanya satu warna iaitu Matt Grey, Bolt akan berada di pusat jualan terpilih Yamaha bermula minggu hadapan.

GALERI

Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (2)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (4)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (9)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (10)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (11)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (12)Yamaha-XV950R-BOLT-mekanika  (13)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button