Buletin

MCLAREN ARTURA KENA RECALL LAGI, MASALAH SALURAN MINYAK BOCOR!

Entah kenapa, produksi untuk McLaren Artura yang telah dilancarkan pada tahun lalu kini serba tak kena.

Baru-baru ini, CEO-nya Michael Leiters menghentikan sementara penghantaran supercar hibrid itu disebabkan mahu menyelesaikan masalah kualiti yang membelenggu.

Terbaharu, satu dokumen yang dikeluarkan oleh agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mendedahkan supercar itu tertakluk kepada kempen panggil semula disebabkan oleh masalah teknikal.

Sebanyak 164 unit Artura terlibat dalam kempen terbaharu ini berpunca daripada nat yang digunakan untuk saluran bahan api bertekanan tinggi.

Menurut NHTSA, nat yang digunakan itu berkemungkinan besar akan longgar dan menyebabkan kebocoran bahan api. Dalam senario yang terburuk, ia mungkin akan mencetuskan kebakaran.

Wakil jurucakap McLaren, Roger Ormisher memberitahu laman Automotive News, kurang daripada 50 unit Artura telah diedarkan kepada pemilik masing-masing. Sebahagian besarnya merupakan unit yang diperuntukkan untuk kegunaan media dan demo di kebanyakan pengedar di Amerika Syarikat. – Automotive News

Google ads
Back to top button