Artikel Pilihan

(VIDEO) FERRARI 812 SUPERFAST MELUNCUR DI AUTOBAHN DENGAN KELAJUAN 350 KM/J – NASIB BAIK TAK JUMPA KING HIGHWAY

Kalau ada kawan-kawan korang yang ada supercar macam Ferrari ni cuba cek mileage kereta diorang. Kami jamin tak lebih 20,000 kilometer. Aci makan sate 20 cucuklah. Memang itulah nasib kebanyakan supercar sebenarnya. Beli kemudian simpan kat garaj bertutup. Ada yang guna hujung minggu. Ada yang simpan sebagai koleksi dan ada juga yang bagi sewa kepada leader-leader MLM dan trader Forex buat pancing mangsa.

Lain ceritanya dengan Ferrari 812 Superfast dalam video ni. Perbatuannya dah mencecah 165,080 kilometer boh. Ini baru kereta jadi hamba kita dan bukan sebaliknya. Tahun diperbuat kereta yang direbiu oleh AutoTopNL ini tidak dinyatakan tapi Superfast dikeluarkan sekitar tahun 2017. Dengan kata lain umurnya paling tua pun baharu 5 tahun.

Kira-kira mudahnya kereta ni dipandu sekurang-kurangnya purata 32,187 kilometer setahun. Mak aih, ini dah macam berulang alik Kota Bharu-Kuala Lumpur 3 kali seminggu selama 5 tahun (kami agak-agak je). Boleh tahan untuk sebuah Ferrari dengan enjin V12.

Ferrari ini juga dilengkapi dengan enjin Novitec fullset membolehkan kita mendengar ngauman enjin V12 NA 6.5 liter dengan lebih jelas. Best ooo bila dengar pemandunya memecut sehingga ke garisan merah 8,900 RPM.

Dia tak sama dengan ekzos pung pang pung pang waisuku korang tu kerana set ekzos lengkap Novitec ini membebaskan 51hp lagi kuasa dari enjin Superfast ni. Tork pun bertambah dari 718Nm ke 751Nm bila pakai ekzos ni.

Lupakan dulu angka-angka kuasa tu. Yang penting AutoTopNL berjaya memecut supercar ini sehingga mencecah kelajuan 351 km/j di atas Autobahn. Ianya 11 km/j lebih laju daripada dakwaan Ferrari yang menyatakan kelajuan maksima Superfast ialah 340 km/j!

Best kan tengok video macam ni. Cuma kami nak pesan jangan cuba-cuba nak tiru aksi macam ni pulak dekat mana-mana lebuh raya di Malaysia. Aksi ini dilakukan di bahagian Autobahn yang tidak mempunyai halaju. Lebuh raya Malaysia tak ada tempat macam tu okey.

Google ads
Back to top button