MEMANDU TANPA KESABARAN DAN PANCUNG DEPAN LORI – INI HASILNYA
Baru-baru ini tular video seorang pemanda Honda Jazz yang menyelit di antara dua lori. Lepas tu dengan kereknya berhenti tengah jalan ambil gambar. Konon tindakan bijak sangat la. Tapi itu di Malaysia, rupa-rupanya spesis macam tu mana-mana pun ada. Tapi versi mat saleh lagi sebab kereta ‘pelakon utama’ terus kena hentam dengan lori. Panamera pulak tu.
Sebenarnya ini ialah contoh pemandu zaman sekarang la. Gopoh, tidak sabar dan memang tak akan mengakui kesalahan sendiri.
Rakaman dashcam yang dikongsi di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang pemandu trak sedang memandu di jalan dua lorong dan dengan tiba-tiba sebuah Porsche Panamera berwarna perak cuba muncul di depan kamera dan cuba mencilok masuk ke depan trak terbabit.
Entah apa yang merasuk fikiran pemandu Panamera tersebut yang menyangkan jalan seperti itu sesuai untuk memotong. Alah, besar sikit dari jalan kampung Cina kat Kuala Terengganu.
Konon nak mengelak dari melanggar kereta hadapan tapi akhir sekali bontot Panamera yang menjadi mangsa. Kejadian berlaku selepas itu lagi kelakar.
Seorang pejalan kaki yang menyaksikan kejadian menyalahkan pemandu Panamera kerana mencilok masuk ke depan trak tersebut tapi pemandunya dengan selamba menyalahkan pemandu trak berdasarkan cara gerakan tangan beliau.
Lagi pun tengok sampai hujung dah terang-terang pemandu Panamera tu tengah bercakap dengan telefon. Macam tak boleh berenggang langsung pulak tu dengan telefon. Ntah-ntah guna voice note je. Hai tak ingat top up kredit ke bang? Bawak Porsche.