Modifikasi

RESTORASI MAZDA 1000 UTE

Pertama kali saya jatuh hati dengan pikap spesis kecil ini adalah apabila tengok hasil kerja kedai NS Motorsport JB.

Trak putih Datsun 620 rasanya. Memang cantik, kemas gila dan boleh dikatakan sebagai restorasi trak paling lengkap yang pernah saya jumpa. Mungkin juga restorasi olskol yang paling serius boleh kita tengok di Tanah Melayu ini.

Memang trend pikap sekarang tengah menggila. Untuk korang faham dan hargai kereta macam ni kena ambik masa sikit. Tenung lama-lama dan belek ruang kokpit,  barulah anda akan perasan pikap ini memang comel.

Tak hairanlah kalau di Australia, budaya kenderaan utiliti a.k.a ute ni dah lama bertapak. Sampai sekarang, Holden Ute tu kemain lakunya.

Sebenarnya, pikap dengan konsep mini ni hanya popular masa zaman lepas Perang Dunia dulu. Jepun seperti biasa, jadi pelopor di mana ia sebuah kenderaan yang praktikal untuk membawa kargo dalam bed rendah dengan titik graviti pendek.

Mobiliti barang jadi senang dan saiz ‘kereta’ membolehkannya bergerak mudah menyusuri bahagian jalan sempit. Infrastruktur Jepun masa lepas perang yang tidak sempurna meletakkan kereta macam ni dan K-Car sebahagian struktur sejarah pembangunan negara mereka.

Setengah abad berikutnya, pikap yang dieksport ke banyak negara ini kembali popular. Kali ini orang beli lebih kerana kepada gaya. Jadi, majoriti pemilik ute akan kekalkan keasliannya selagi boleh. Beli lampu belakang harga Yamaha LC pun sanggup. Asalkan dapat yang ori, padahal yang ‘made in Mexico’ tu macam sama je saya tengok.

Berada di persimpangan antara ori dan logik harga, pemilik ute ini, Mansor membuat keputusan untuk memodenkan traknya. Beli pun tidak murah, pikap ini direstorasi sikit demi sedikit.

Karat pada badan dihakis sampai dasar, bajak depan di pasang, kemudian dicat dengan warna merah seluruh badan. Sebelum dipasang dengan sunroof daripada Ford yang saya syak Laser.

Mansor memilih SSR Longchamp 13 inci, walaupun harga rim oldskul makin merepek. Rim itu dipadankan dengan tayar Silverstone 165/60r13. Tayar memang ada pengaruh yang buat kereta nampak solid. Jadi, kena pilih dengan betul.

Setiap binaan trak dibuat berdasarkan tujuannya nak angkat kargo. Jadi belakangnya mguna leaf spring untuk tahan lasak dan mampu bawa beban berat. Tapi dalam dunia yang berbeza, Mansor mengubah suai dengan suspensi moden jenis boleh laras HKS.

Enjin 1000 cc 4 selinder OHV diturunkan untuk proses overhaul penuh. Semua bahagian bergerak dibersihkan, seal, gasket dan getah penebat diganti, manakala  karburetor dilaras semula.

Kalau ikut spec, enjin ini berapa sangat kuasa kudanya, tapi itu semua tak penting. Paling mustahak, putar kunci sekali enjin  hidup, aircond sejuk dan boleh lupakan nombor tow truck buat sementara.

Masuk ke dalam kabin Mazda 1000 ini, saya boleh kongsi satu perkara. Kereta-kereta oldskul ada aroma klasik yang tak sama dengan kereta moden.

Saya baru tau seat kereta ni memang asalnya jenis bench dengan gear berkedudukan kolum dan stereng Mooneyes cun cun duduk di situ. Saya syak ni mesti pasal praktikal masa zaman dulu-dulu boleh naik tiga orang ikut saiz badan orang Jepun.

Kalau ikut nafsu, semua benda yang orang pakai saya mak beli. Beli kereta Oldskul macam emas sekarang, harganya makin naik. Kalau dulu AE86 orang berebut sampai harganya meletup-letup nampaknya permintaan dah berubah.

Pikap yang full restore boleh jadi sama dengan AE86. Kalau spec macam yang saya tengok dulu rasanya harga RM50,000 sampai RM70,000 pun ada orang sanggup bayar!

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button