Buletin

MENANGI 4 TOYOTA SIENTA DALAM KEMPEN “ALL ABOUT THE DRIVE BONANZA”

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2018, pelanggan yang ingin membeli kenderaan baru dari Toyota akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk empat buah model MPV Toyota Sienta sebagai hadiah utama.

Mengumumkan kempen “All About The Drive Bonanza” yang terbaru anjurannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd memaklumkan, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam tiga peraduan berasingan sebelum mereka menjadi pemilik kenderaan Toyota.

Kempen “All About The Drive Bonanza” bermula sebaik sahaja pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota untuk memandu uji mana-mana model terbaru jenama itu.

Selepas selesai pandu uji, mereka akan menerima cenderahati serta layak untuk menyertai satu peraduan yang hanya memerlukan mereka untuk menjawab soalan kuiz mudah. Untuk ini, mereka berpeluang memenangi hadiah telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain.

Selepas pelanggan membuat tempahan, mereka layak pula untuk menyertai satu lagi peraduan yang menawarkan pakej percutian. Kemudian, jika pelanggan meneruskan pembelian berkenaan, mereka akan berpeluang menyertai sebuah lagi peraduan terakhir untuk merebut hadiah utama berupa empat buah model MPV Toyota Sienta.

“Kami mengalu-alukan pelanggan untuk berkunjung ke bilik pameran Toyota dan memandu uji model-model baharu.  Kami juga ingin pelanggan tahu, memiliki kenderaan Toyota merupakan satu pengalaman yang mempunyai banyak kelebihan dan menguntungkan pelanggan.

“All About The Drive Bonanza” juga adalah cara kami berterima kasih kepada pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan kepada Toyota,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Kenderaan penumpang keluaran Toyota hadir dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan. Sebagai tambahan, pemilik baru turut menikmati Bantuan Tepi Jalanan 24/7 bagi tahun pertama pemilikan. Sokongan lengkap lepas jualan juga disediakan di semua rangkaian pusat servis sah Toyota di seluruh negara.

Bilik pameran Toyota dibuka sepanjang minggu. Pada 21 & 22 Oktober ini, akan berlangsung “Toyota Weekender” yang akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga, termasuk jamuan ringan.

Ketahui lokasi bilik pameran Toyota berdekatan anda melalui laman web: toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button