Motosikal

PELUMBA-PELUMBA YAMAHA PERLU KURANGKAN MERENGEK – FREDDIE SPENCER

Ini bukan kami cakap tapi adalah ayat yang keluar dari mulut seorang pelumba otai, Freddie Spencer. Sudah tentu semua orang tahu yang jentera MotoGP Yamaha kini memang bermasalah tetapi begitu juga dengan masalah sikap pelumba-pelumba Yamaha sendiri.

Spencer menjelaskan yang sikap yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba Yamaha itu sendiri tidak akan membantu mereka merangkul kejuaraaan MotoGP sama seperti masalah yang dialami oleh jentera Yamaha itu sendiri.

Memang semua pihak tahu yang Yamaha sedang bergelut dengan masalah dan memang motosikal mereka perlu dinaik taraf tapi pelumba-pelumba Yamaha sendiri perlu mengubah sikap menjadi lebih positif. Itulah yang dinyatakan oleh bekas juara 500cc dua kali itu.

Bukan hanya Maverick Vinales dan Valentino Rossi sahaja yang sedang bergelut tetapi begitu juga dengan Johann Zarco. Bahkan Zarco lebih teruk lagi kerana menggunakan motosikal yang lebih berusia.

Tapi itu semua faktor jentera sedangkan minda pelumba itu sendiri sudahpun mula merasakan yang mereka tidak akan mampu mencabar pada musim ini. Ia juga salah satu faktor yang patut dipertimbangkan oleh mereka.

Contohnya bila Rossi hanya berjaya menduduki petak ke-28 di Aragon, beliau sendiri termasuk peminat-peminat setia beliau merasakan yang segalanya tidak akan berjalan lancar untuk perlumbaan sebenar. Spencer menyatakan yang ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi untuk seorang pelumba berpengalaman seperti Rossi. Beliau sepatutnya menikmati perlumbaan dan sentiasa menaruh keyakinan untuk menghasilkan yang terbaik.

BACA: IMAGINASI TERHAMPIR YAMAHA R25 DARI JEPUN DAN INDONESIA

Spencer turut mengambil contoh Alex Espargaro yang mendapat tempat keenam di Aragon sebagai penunggang dengan kekuatan minda yang positif. Espargaro sentiasa memberikan yang terbaik dan menaruh keyakinan tinggi terhadap jentera beliau dan perlumbaan yang disertai. Hasilnya ialah pencapaian yang baik untuk beliau dan Aprilia. Itu akan menjadi motivasi buat beliau dan pasukannya untuk keluar dari nasib malang yang menimpa.

Berita baiknya pula ialah Rossi sendiri mengakui yang walaupun beliau mempunyai masalah besar dengan jentera dan tayar (khususnya tayar belakang), beliau menegaskan yang beliau masih menikmati keseronokkan bersama MotoGP.

Google ads
Back to top button