Artikel Pilihan

MENANGI BEKALAN MINYAK SHELL HELIX SELAMA TIGA TAHUN UNTUK PERJALANAN LEBIH JAUH

Percayakah anda jika kami kata yang hidup ini merupakan satu perjalanan yang panjang.

Kehidupan kita bermula sejak dilahirkan, kemudian melalui zaman kanak-kanak, meningkat remaja dan dewasa, seterusnya memasuki fasa sebagai ibu bapa. Satu hari nanti akan menjadi datuk dan nenek, seiring dengan peningkatan usia.

Sudah tentu kebanyakan kita sudah merasai pengalaman seperti di atas. Bagi  memastikan perjalanan jauh dan dekat sentiasa lancar, anda semestinya memerlukan minyak enjin yang boleh dipercayai.

Shell sentiasa berinovasi demi memberikan produk yang terbaik untuk pelanggannya di seluruh dunia. Sebab itulah Shell diiktiraf sebagai jenama minyak enjin kereta nombor 11 di Malaysia.

Teknologi pelinciran enjin kini sudah semakin maju, seiring dengan perkembangan dunia automotif di seluruh dunia. Minyak pelincir yang baik memang sangat penting bagi membolehkan enjin berfungsi dengan baik tidak kira sama ada enjin baharu mahu pun lama.

Minyak Shell Helix sintetik sepenuhnya menggunakan teknologi PurePlus; proses revolusionari yang menghasilkan minyak asas daripada gas asli dengan 99.5% bebas bendasing dan menjadikannya bersih sejernih air. Teknologi Ini membantu penjagaan enjin lebih baik serta tahan lama.

Dengan minyak enjin Shell Helix, anda akan dapat merasakan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan seperti:

Prestasi enjin ketika suhu ekstrem  

Shell Helix Ultra dengan teknologi PurePlus kekal tahan lebih lama untuk tempoh lebih panjang ketika suhu tinggi yang melampau. Ia memberikan ketahanan yang tinggi terhadap kadar penurunan kualiti minyak – sehingga 32% lebih baik berbanding standard industri terkini2.

Perlindungan enap cemar yang tiada tandingan

Minyak enjin Shell Helix berfungsi melindungi enjin berprestasi tinggi daripada enapan yang menjejaskan tahap prestasi dan kuasa kenderaan.

Formula penyejatan yang rendah membantu menjimatkan masa dan wang

Minyak enjin Shell Helix mengurangkan kadar kehilangan minyak akibat penyejatan sehingga 50 peratus lebih rendah berbanding minyak enjin lain3. Kenapa ia penting? Kerana formulasi minyak sintetik dengan penyejatan rendah bermaksud, anda tidak perlu menambah minyak enjin dengan kerap, sekali gus dapat  menjimatkan masa dan wang.

Penjimatan bahan api lebih baik

Kurang geseran di antara komponen enjin kenderaan membolehkan komponen dalaman berfungsi dan bergerak dengan lancar tanpa perlu menggunakan lebih bahan api. 

Shell Helix dengan teknologi PurePlus juga memiliki formulasi kelikatan dan geseren yang rendah. Hasilnya, penggunaan bahan api adalah lebih jimat sehingga tiga peratus4.

Jadi tunggu apa lagi, bertukarlah kepada Shell Helix Ultra hari ini.

Terima kasih kerana menjadikan Shell Helix jenama minyak enjin kereta nombor 1 di Malaysia1. Sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan, Shell memberikan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah minyak pelincir percuma* selama 3 tahun.

Bagaimana untuk menyertainya?

Langkah 1: Daftar sebagai ahli di shell.com.my/winhelix 

Langkah 2: Terima kod diskaun bernilai RM10.

Langkah 3: Tebus kod tersebut dan buat penukaran minyak pelincir di mana-mana bengkel terpilih.

Langkah 4: Kini anda sudah berpeluang memenangi hadiah utama berupa minyak enjin percuma selama tiga tahun untuk pelanggan bertuah.

Sila layari shell.com.my/winhelix  untuk maklumat lanjut. Untuk makluman, promosi Shell Helix ini telah dilanjutkan dari 31 Mac hingga 30 April 2020.

1 Berdasarkan kajian penyelidikan pasaran untuk Shell

2 Berbanding dengan spesifikasi API SN dan berdasarkan urutan IIIG pengoksidaan ujian

3 Berdasarkan ujian volatiliti ASTM D5800 NOACK

4 Berdasarkan keputusan ujian penjimatan bahan api ACEA M 111 dibandingkan dengan minyak rujukan industri

*tertakluk kepada terma dan syarat

Google ads
Back to top button