Motosikal

TRIUMPH FOKUS PRODUKSI DI THAILAND. HINCKLEY JADI PUSAT REKA BENTUK, BINA MODEL ROCKET TFC

Triumph Motorcycles baru-baru ini mengumumkan ia bakal mengalih lokasi produksi dari kilang asal mereka di Hinckley, United Kingdom (UK) ke rantau Asia Tenggara.

Secara keseluruhannya, jenama motosikal yang tidak asing dalam dunia dua roda itu memberitahu ia mampu menghasilkan sekitar 65,000 unit setahun. Daripada jumlah itu, hanya 6,000 hingga 7,000 sahaja dibina di Hinckley. Sementara bakinya dibuat di kilang di Bangkok, Thailand.

Model seperti Tiger 1200 dan Speed Triple dilapor akan berpindah produksi dari UK. Mereka buat masa kini sedang bersedia dengan gelombang ekonomi yang lebih strategik dengan membawa jenama Triumph ke pasaran Asia.

Sedia maklum bahawa majoriti pengeluaran motosikal Triumph sudah bermula di Thailand sejak tahun 2002 lagi.

“Kami kini sedang bersedia untuk gelombang pertumbuhan  strategik Triumph yang seterusnya. Kami ingin memaksimumkan peluang pertumbuhan di peringkat global, terutama di pasaran Asia.

“Sebab itulah kami kami meningkatkan keupayaan sumber reka bentuk di UK dan memfokuskan produksi di Thailand,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Triumph Motorcycles, Nick Bloor.

Dasar baru itu bagaimanapun bakal menyaksikan 40 hingga 50 orang pekerja kilang mungkin hilang mata pencarian.

Tags
Google ads
Back to top button