Buletin

MENANGI MATA GANJARAN ENRICH DENGAN KEMPEN TENTU HAPPY OHSEM TREATS: SPEND AND WIN PETRON

Sambutan 10 tahun Petron Malaysia diteruskan dengan kerjasama di antara Petron dan Enrich, Program Perjalanan dan Gaya Hidup Malaysia Airlines untuk memberi hadiah istimewa kepada 500 pemenang bertuah melalui kempen TENtu Happy Ohsem Treats: Spend and Win.

Berlangsung selama lima bulan sehingga November 2022, TENtu Happy Ohsem Treats akan memberi ganjaran kepada 10 pemenang hadiah utama setiap bulan. Pemenang akan memenangi 50,000 mata ganjaran Enrich yang boleh ditebus untuk tiket penerbangan, penginapan hote, dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.

90 pemenang akan dipilih pada setiap bulan untuk membawa pulang pakej penginapan, 22,000 mata ganjaran Enrich dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500, pakej kecantikan kereta, beg bagasi serta minyak enjin Petron. Petron juga bekerjasama dengan Condotti dan Trapo untuk pengalaman memandu yang lebih selesa.

“Bersama Malaysia Airlines, kami ingin memberi pelanggan kemudahan perjalanan yang terbaik sambil mencipta kenangan manis bersama orang tersayang. Kami gembira dapat mengekalkan kerjasama jangka panjang dengan Enrich dan berharap dapat menawarkan lebih banyak ganjaran,” kata Ketua Perniagaan Runcit Petron, Shaliza Mohd Sidek.

Selain pembekalan bahan api untuk pesawat Malaysia Airlines dan promosi terbaharu, Petron telah bekerjasama rapat dengan Malaysia Airlines untuk menyokong pemulihan ekonomi, mempromosikan sektor pelancongan dan memberi nilai lebih tinggi kepada pelanggan.

“Enrich telah bekerjasama dengan Petron Malaysia sejak 2013. Enrich menyumbang sejumlah 1 juta Mata Ganjaran Enrich bernilai RM 100,000 melalui kempen sepanjang lima bulan ini untuk pengguna memperoleh dan memaksimakan faedah yang lebih bermakna. 

“Sebagai program perjalanan dan gaya hidup untuk Malaysia Airlines, kami komited untuk menyempurnakan tawaran melangkaui tiket penerbangan dan memperkayakan pengalaman pelanggan melalui kerjasama dengan syarikat seperti Petron,” kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May.

Malaysia Airlines dan Petron turut mengadakan majlis penyampaian hadiah di Akademi MAB kepada 20 pemenang pertama TENtu Happy Ohsem Treats sejak kempen bermula pada Jun 2022. Bagi memastikan setiap wilayah mempunyai pemenang sendiri, pemenang TENtu Happy akan diambil dari wilayah Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Semua pemegang kad Petron Miles akan mendapat kemasukan automatik untuk setiap pembelian bahan api bernilai sekurang-kurang RM50. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hendaklah meleretkan Kad Petron Miles mereka semasa membuat pembelian bahan api. Mata ganjaran Petron Miles juga boleh ditukar kepada mata ganjaran Enrich untuk peluang menang yang lebih tinggi.

Google ads
Back to top button