Buletin

FOUNDER PRODUK MENUNJUK PANDU LAMBORGHINI, NETIZEN CAKAP “KAT LANGKAWI ORANG BUAT SEWA JA LAMBO NI…”

Sama ada anda perasan atau tidak, ramai usahawan muda di Malaysia sering mencetuskan kontroversi dan menjadi buah mulut netizen. Adakah ia sebahagian dari strategi pemasaran atau sekadar meraih populariti murahan?

Kita tidak pasti apa yang sedang bermain dalam fikiran mereka ketika membuat hantaran di sosial media. Baru-baru ini, dua orang pengasas produk dikatakan memandu kereta Lamborghini Huracan EVO ke pulau Langkawi.

Betul, tidak ada yang salah menaiki kereta mewah tersebut namun apa yang mencetuskan bualan netizen adalah kapsyen pada video TikTok oleh @ayunieso24 yang berbunyi, “Yuni saja je buat masuk Lamborghini kat Langkawi kot kot orang Langkawi tak pernah tengok Lamborghini,”

Kapsyen tersebut seolah menyindir penduduk di pulau tersebut. Netizen memberi respon dengan mengatakan, “Siapa yang first time masuk Langkawi sebenarnya ni? Hahaha megah sangat naik Lambo. Kat Langkawi orang buat sewa ja Lambo ni”

Terdapat juga komen yang mengatakan bahawa penduduk di pulau itu sudah biasa dengan kereta mewah dan kapsyen itu pantas dibanjiri komen penuh sarkastik.

Sebelum isu tersebut tular, rakannya dalam video itu sempat memuat naik video TikTok mengadu stesen minyak di Langkawi tidak mempunyai bahan api yang mahal atau premium seperti RON97 atau RON100 untuk diisi pada Lamborghini.

Menurut The Vocket, kebanyakan pemilik kereta mewah yang kerap ke Langkawi biasanya akan mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan.

Bahkan, ada juga yang membawa tong bahan api premium tambahan dari Perlis untuk memudahkan mereka menggunakannya semasa berada di pulau itu.

Google ads
Back to top button