" "
Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA? PELUMBA TGR AKUI TOYOTA VIOS BARU MEMANG MANTAP!

Perlumbaan Pusingan Ketiga Toyota Gazoo Racing Festival (TGR) dan Toyota Vios Challenge baru saja berlangsung di Kuala Terengganu. Walaupun ramai yang mengkritik (mana boleh tutup mulut manusia kan?) tapi kami dapati kualiti perlumbahan dan penganjuran memang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pusingan ketiga kali ini juga menyaksikan penggunaan Toyota Vios terbaru dengan pengubahsuaian lengkap dari segi peralatan keselamatan dan prestasi menjadikan perlumbaan semakin hangat.

Perlumbaan berformatkan satu model sahaja ini menjadi medan untuk menguji pemandu mana yang mempunyai skil paling power dan bukannya berdasarkan kehebatan jentera ataupun kuasa kuda. Macam biasa perlumbaan ini dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Promotional (untuk golongan selebriti), Sporting (amatur) dan Super Sporting (pemandu professional).

Jadi macam mana rasanya memandu Toyota Vios baru ni?

“Perubahan paling besar ialah penggunaan LSD. Kini Vios ini terasa lebih hidup dan suspensinya juga sangat baik. Bahagian enjin dan kotak gear maih lagi sama.” Mark Darwin, pemenang, Race 1, Super Sporting Class (Laser Motor Racing).

“Ia kini lebih responsif. Ini merupakan kali pertama saya memandu Vios baharu ini dan belum berkesempatan mengujinya sebelum ini. Dari awal sesi latihan saya berjaya membuat beberapa perubahan dan boleh merasakan perbezaannya. Ia satu kelebihan jika seorang pelumba boleh melakukan set-up kereta agar sesuai dengan keadaan litar. Satu lagi perbezaan pada tahun ialah sembilan kereta teratas menamatkan sesi ujian dengan perbezaan masa kurang satu saat. Semua pelumba kini menjadi sangat kompetitif.” –Tengku Djan, kedua, Race 1, Super Sporting Class & Juara, Super Sporting Class Musim Pertama (23 Motors).

“Kini saya sedar tentang kepentingan melakukan setting-up kereta. Set-up untuk camber, toe dan tekanan tayar mesti diselaraskan dengan gaya pemanduan untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam perlumbaan. Tekanan angin tayar memang sangat penting.” Brendon Lim, ketiga, Race 1, Super Sporting Class & Juara, Super Sporting Class Musim Kedua (Tedco Racing).  

“Ia sangat berbeza khususnya dari segi pengendalian. Casisnya adalah lebih teguh dan ditambah pula dengan sistem suspensi, LSD dan tayar yang lebih baik. Hampir kesemua pemandu mencatatkan masa yang lebih baik di Kuala Terengganu. Malah catatan masa saya adalah 1.5 saat lebih cepat dari sesi ujian tidak rasmi dan 3 saat lebih cepat daripada sesi shakedown di Sepang. Kereta ini memang sangat berbeza, mudah dikendali selain cengkaman yang lebih baik dengan penggunaan tayar baharu.” Kenneth Koh, Sporting Class (Panglima City Racing Team).

“Tentunya kekuatan Vios baru ini berkaitan dengan penggunaan casis yang lebih teguh dan sistem suspensi yang lebih baik. Vios generasi sebelumnya membuatkan pemandu merasa flex pada casis jika terlanggar bahagian sisi litar tetapi Vios baru ini membuatkan pemandu terasa lebih yakin. Catatan masa juga adalah lebih baik dan ia juga mungkin disebabkan penggunaan tayar baru yang memberikan lebih cengkaman.” William Ho, Super Sporting Class & Runner-up Musim 1 (Toyutsu Racing).

“Kami memang merasakan cengkaman yang lebih dari tayar pada pusingan kali ini. penggunaan LSD juga sangat membantu. Kemahiran melakukan setting kereta adalah sangat penting kali ini dan pemandu yang mampu mengurangkan oversteer boleh membuat catatan masa yang lebih baik di litar. Oversteer akan membuatkan kereta anda meluncur menghentam benteng keselamatan.” Syafiq Ali, Super Sporting Class (M7 Japan Project Team).

Spesifikasi

Enjin dan Transmisi

  • 1.5L, 16-injap, DOHC dengan VVTI
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Klac TRD
  • LSD TRD

Dalaman

  • Tempat duduk bucket OMP
  • Tali pinggang keledar OMP
  • Roda stereng OMP
  • Roll cage TRD
  • Kamera dalaman
  • Sistem pemadam api
  • Kill switch separuh automatik
  • Takometer Motec

Suspensi, Brek, Rim dan Tayar

  • Suspensi boleh laras TRD
  • Bar penstabil TRD
  • Pad brek Endless
  • Hos brek steel braided
  • Rim aloi Enkei (15 x 7.0J)
  • Tayar-tayar Toyo (195/50 R15)

Luaran dan Aerodinamik

  • Sistem ekzos TRD
  • Hook tunda OMP
  • Pin bonet OMP
  • Lip bumper depan TRD
  • Apron bumper belakang TRD
  • Skirt sisi TRD
  • Spoiler TRD
Google ads
Back to top button