Buletin

POLIS BRAZIL SERBU BENGKEL BUAT FERRARI DAN LAMBORGHINI PALSU – KERETA GUNA ENJIN MITSUBISHI ECLIPSE

Polis Brazil telah menyerbu dan menutup sebuah kilang yang didakwa menghasilkan Ferrari dan Lamborghini tiruan. 

Unit Siasatan Polis Awam Santa Catarina merampas lapan replika Ferrari dan Lamborghini yang sudah separuh siap. Peralatan, acuan, gentian dan kerangka yang digunakan untuk menghasilkan kereta juga dirampas. 

Para pegawai bagaimanapun tidak menyatakan apakah material yang digunakan untuk menghasilkan kereta berkenaan.

Namun, mereka ada berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan lencana serta aksesori ditampal dengan jenama kerete mewah dari Itali itu. 

Pasangan ayah dan anak yang memiliki bengkel Autos Fibra di Santa Catarina itu turut ditahan atas dakwaan meniru harta komersial. Mereka dikatakan menjadi pengeluar kenderaan mewah palsu terbesar di Brazil.

 Kereta tiruan itu dikatakan ditawarkan di media sosial seperti Instagram dan YouTube pada harga AS$45,000 (RM185,000) hingga AS$60,000 (RM246,800) seunit. Sedangkan harga sebuah Ferrari bermula AS$215,000 (RM884,200) seunit. 

“Salah sebuah kereta itu dipasang dengan enjin Chevrolet Omega,. Sementara yang lain menggunakan enjin Mitsubishi Eclipse dan Alfa Romeo.

“Kemasan pula bergantung kepada harga yang mampu boleh dibayar oleh pelanggan,” kata pegawai polis yang bertanggungjawab  atas operasi tersebut, Angelo Fragelli. 

Beliau bagaimanapun tidak boleh memberitahu berapa unit kereta palsu yang telah dijual oleh anak beranak itu.

Siasatan dimulakan apabila wakil daripada Ferrari dan Lamborghini menghubungi polis Santa Catarina. Polis juga mendapat maklumat daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti kereta yang mereka beli. 

Dalam satu e-mel, wakil Lamborghini menyatakan pihaknya tidak berniat untuk meneruskan dakwaan. Tetapi mahu mengelakkan pengguna daripada bahaya kerana kereta replika itu tifak mempunyai sistem keselamatan asas.

Supercar tiruan bukanlah sesuatu yang asing di Brazil. Pada tahun 2010, seorang lelaki Thailand menjadi popular kerana keupayaannya menghaslkan replika Ferrari, Porsche dan Astin Martin. 

Google ads
Back to top button