Buletin

MERCEDES-AMG GT BLACK SERIES SAH TAMAT PRODUKSI

Produksi bagi jentera Mercedes-AMG GT Black Series telah ditamatkan oleh Mercedes baru-baru ini berdasarkan laporan terkini daripada laman berbahasa Jerman MB Passion.

Difahamkan, lebih 1,700 unit telah pun dipasang sejak ia membuat kemunculan rasmi pada bulan Jun 2020.

Dengan penamatan produksi AMG GT Black Series ini, varian-varian AMG GT dikatakan bakal menyusul bagi memberikan laluan kepada pelancaran AMG GT generasi baharu menggunakan platform SL-Class.

Mercedes-AMG GT Black Series didatangkan dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 720 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Pecutan 0-96 km/j mengambil masa sekitar 3.1 saat, dan jentera ini telah berjaya mencatatkan rekod sebagai kereta produksi terpantas di Litar Nurburgring (catatan masa 6:43.616) sebelum ia dipintas oleh Porsche 911 GT2 RS setahun kemudian.

Sumber: MB Passion

Google ads
Back to top button