Buletin

MERCEDES-AMG S 63 COUPE – RM1.46 JUTA, 4L BITURBO V8, 612HP

Selain S Class S450L, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan model berkuasa tinggi, Mercedes-AMG S 63 Coupe.

Jentera tersebut dijana oleh enjin biturbo V8 bersesaran 4.0 liter yang ditala oleh AMG.

Berupaya menghasilkan kuasa sehingga 612hp dan tork maksimum 900Nm, ia dipadankan dengan kotak gear 9 kelajuan AMG Speedshift MCT.

Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dai 0-100km/j dalam masa 4.2 saat sahaja. Pengendalian mantapnya pula disumbang oleh sistem suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL+.

Pemandu boleh diberi pilihan mengubah suai tahap redaman sama ada Comfort, Sport dan Sport Plus, bergantung kepada kehendak serta permukaan jalan.  

Gril radiator Panamericana

AMG S-Class S 63 Coupe pantas dikenali menerusi gril radiator AMG Panamericana bersama corong kemasukan udara berbentuk V. Apron hadapan itu mengambil inspirasi darpada sayap pesawat.

Bahagian belakang diserlahkan dengan apron bersama kemasan peresap udara dan paip ekzos berkembar AMG yang telah direka semula. Penambahan terbaharu pada Coupe ialah lampu belakang OLED. Sebanyak 66 biji OLED itu pasti memberikan nyalaan lampu yang unik.  

Ruang kabin sporty

Ruang dalaman Mercedes-AMG S 63 Coupe dipasang dengan tempat duduk sports AMG lengkap bersama ciri pemanas. Jam analog dengan reka bentuk IWC, kemasan kulit Nappa dan lencana AMG pada penyandar belakang memberikan sentuhan yang eksklusif.  

Varian AMG ini diserlahkan dengan paparan skrin lebar TFT berwarna bersaiz 31.2cm. Ia memaparkan pelbagai maklumat seperti kelajuan enjin, suhu minyak transmisi, tekanan boost dan sebagainya. Pemandu boleh memilih tiga mode paparan iaitu Classic, Sport dan Progressive.

Sistem Ekzos AMG Performance

S 63 Coupé didatangkan dengan sistem ekzos AMG Performance yang menjanjikan bunyi yang sangat mengujakan. Kelepak (flaps) boleh ubah akan ditutup dan dibuka bergantung kepada mode pemanduan AMG DYNAMIC SELECT yang dipilih.

Ia juga boleh dikawal secara individu melalui butang AMG DRIVE UNIT pada konsol tengah.

Amacam, on ke tak on ni?

GALERI

Google ads
Back to top button