Modifikasi

SEBELUM KEDATANGAN EVOLUTION, INI JAGUH MITSUBISHI. GALANT VRG TURBO

Selepas rumahnya bertangga, Amir cuba mencari kereta yang boleh bertindak sebagai sedan keluarga. Nak terus pakai Satria GTi enjin EVO yang digunakan sebelum ini, takut mengundang kemarahan mak mertua.

Nak angkat kereta baru, duit pulak tak berapa ramai. Yang Amir nampak saat itu, cuma model tempatan seperti Perdana. Setidak-tidaknya boleh jugak melunaskan minat beliau, yang suka godek-godek di hujung minggu.   

Dalam tempoh mencari tu, boleh pula terserempak dengan kereta ni yang dulunya dibawa masuk untuk kegunaan pihak kedutaan. Harga pun tak tinggi mana. Melihat kepada rupa dan potensi yang ada, Amir segara membulat tekad untuk memiliki model Galant VRG ini.

VRG (EA1A) merupakan salah satu varian dalam keluarga Galant generasi kelapan. Spesifikasi yang ditawarkan sebenarnya, taklah tinggi mana. Bayangkan sebuah kereta sebesar ikan yu cenggini, hanya dibekalkan dengan enjin 1.8-liter GDI. Tak jenuh merangkak Genting dibuatnya. Mujur Mitsubishi ada memperkenalkan model VR4 (EC5A) sebagai varian tertinggi, yang akhirnya menjadi matlamat untuk naik taraf kereta ini.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Masuk bulan ketiga, enjin asal telah digantikan dengan siri 6A13TT dari Galant VR4 Type S. Cargas betul, mesti sangap terok sebab biasa tekan berisi. Berkapasiti 2.5-liter, enjin V6 dengan turbo berkembar ini, mampu menghasilkan kuasa sekitar 280hp.

Ikutkan tahap-tahap EVO dah tuh. Cuma berat jelah, ditambah karektor hantaran kuasanya yang agak linear. Memandangkan ia baru ajer disalin, rutin hariannya ketika itu cuma setat dan jalan.

Bahagian luar menggunakan kit badan Galant VR4 Type S sepenuhnya. Kalau ada yang perasan, facelift ni juga sering digunakan oleh geng Perdana bikin. Memang garang abis, walaupun usianya dah masuk belasan tahun. Sebagai tambahan, ia turut dilengkapi beberapa aksesori lain seperti sunroof, lining arch, hood FRP Vogue, cermin sisi Ganador, spoiler EVO VI, lampu projektor Cibie, sebelum ditamatkan dengan kaler sepang bronze. Tengok, Sepang pun dah ada kaler sendiri…

Sistem gantungan dan pengendalian menggunakan set suspensi boleh laras HWL. Dulu pernah jugak pakai Tein Super Wagon, tapi lembut sangat katanya. Bagi membetulkan camber tayar yang makin mengangkang, bahagian upper arm depan menggunakan produk boleh laras dari R Engineering.

Pelengkap kepada sektor ini adalah rim kaler gold SSR Type C berukuran 17-inci, yang dibalut pada tayar Yokohama Bluearth AE50. Semat der, nampak kena benor dengan gaya yang dibawa. Proses hentian pulak dibantu komponen brek Mitsubishi GTO untuk depan dan belakang, termasuk penggunaan hos brek braided dari Pro-RS.

Salinan ruang dalam juga menerima komponen milik Galant VR4 Type S, yang datang dengan panel berwarna gelap. Untuk keselesaan ketika memandu, set tempat duduk mendapat sokongan Recaro SR4 untuk depan dan belakang. Stereng Momo, brek tangan dan tombol gear merah tu pulak, diambil dari Galant Super VR4. Sementara rangkaian gajet pemantau terdiri daripada pemasa enjin Blitz DATT, meter boost Defi Racer, meter nisbah bahan api AEM, serta unit RSM Apexi.

Lepas 4 tahun digunakan, Amir membawa semula kereta ini ke bengkel untuk membina semula bahagian enjinnya. Bukan usik tepi-tepi dah, tapi diturun terus untuk proses restorasi. Abih benda dikilatnya, sampai wayar harness tu pun dirombak sama. Memandangkan komponen prestasi yang terhad lagi mahal, keseluruhan operasi enjin masih lagi bekerja seadanya.

Peningkatan prestasi tertumpu di bahagian sistem pendesak. Unit turbo berkembar TD03 yang masih digunakan, kini dicekapkan semula dengan set intercooler GReddy, injap pelepas HKS SSQV, serta unit pengawal boost GReddy Profec B. Memastikan jumlah bahan api sentiasa mencukupi, bekalan petrol dihantar menerusi pam petrol Walbro 255, dengan unit regulator Sard mengawal jumlah tekanan yang diperlukan.

Seperti kereta-kereta moden, ECU enjin ini sebenarnya boleh diprogram semula tanpa perlu menggunakan toyol tambahan. Yang ni ramai tak tahu. Bukan takat tuning atau buang segala cut, malah fungsi launch control dan antilag juga boleh diaktifkan jika mahu. Menerusi proses talaan yang dijalankan, kuasa enjin ini telah berjaya ditingkat naik sehingga 310whp @1.1-bar. Boleh sangat dah tuh…

BACA: GALANT VRG TYPE II YANG RARE

Perubahan terbesar berlaku pada sistem pacuan. Kalau dulu menggunakan kotak gear auto tiptronik, kali ini kotak gear manual Galant VR4 Type V menjadi sandaran utama. Lama tak esesais lutut katanya. Bagi memastikan tukaran gear yang mantop lagi pasti, bahagian pedal dan kabel klac dilengkapi plet dan bush jenis aloi dari Race-Tech.

Alang-alang dah biar tergantung, apa kata masukkan sekali anak gajah AWD yang elok bersidai di tepi dinding tuh. Lagi pun longkang longshaft dan breket-breket penting memang dah sedia ada. Tak perlu gunting lantai bagai. Tebuk lubang skru dah terus boleh naik. Patut makin melantun peginya!

Dari sebuah model asas, transformasi yang dilakukan Amir sebenarnya cukup teliti dan terperinci. Yang main mungkin tahu di mana kelebihan yang ada. Bagi yang tak amik tahu, mungkin boleh belajar sesuatu yang baru…

-PAK MAUN-

GALERI                   

Tags
Google ads
Back to top button