
MERCEDES-BENZ 190E PALING MAHAL DI DUNIA – BOLEH MATI BERDIRI NI
Ini mungkin satu-satunya peluang yang ada untuk memiliki sedan sports paling bergaya tahun 80an. Eh, bukan 190 atuk sebelah rumah tu laku RM8k ke bulan lepas? Ooo itu Pak Amid punya, spec Classic pulak tu. Ini ialah Benz 190 yang pernah dimiliki oleh lagenda Formula Satu paling popular Ayrton Senna!

Ini bukan 190 E biasa tapi ia adalah 190 E 2.3-1.6 dan bakla dilelong oleh RM Sotheby London November ini. Harganya dikatakan dalam linkungan USD296K-337K. Ya tuan-tuan, harganya boleh cecah RM1.4juta!
Lebih istimewa lagi ini adalah kereta peribadi Senna yang dibelinya sendiri pada tahun 1985. Bukan kereta sponsor tau. Ia dibeli Senna selepas kejayaan beliau dalam perlumbaan Race of the Champions di Nurburgring. Ia adalah perlumbaan pertama beliau dalam perjalanan bergelar juara dunia.

Pada tanggal 12 Mei 1994, sebelum memulakan karier dalam F1, Senna dijemput oleh Mercedes untuk menyertai perlumbaan Race of the Champions dalam kategori selebriti. 20 pelumba terkenal menyertai perlumbaan dengan menggunakan kereta yang sama, Mercedes-Benz 190 E 2.3-1.6 baharu. Pelumba terkenal lain termasuklah Niki Lauda, Alain Prost, Carlos Reutemann dan ramai lagi.
Perlumbaan berlangsung dalam hujan menyaksikan Senna mengejutkan peminat dengan bermula di petak ketiga sebelum berjaya menewaskan Prost, Lauda dan pelumba ternama lain dan menjadi juara perlumbaan. Dari situlah timbulnya minat Senna untuk memiliki Mercedes yang sama.
Senna menempah kereta tersebut terus dari Mercedes dan mengambilnya sendiri di Stuttgart sebelum memandunya kembali ke kediaman beliau di Esher, England. Kereta berwarna Smoke Silver Metallic dengan kemasan dalam kulit hitam mempunyai dokumentasi lengkap menyatakan ia pernah dimiliki oleh Senna. Ia juga mempunyai invois dari kilang, dokumen pendaftaran dan resit cukai atas nama Senna.

Senna menggunakan kereta ini selama dua tahun sebelum melepaskannya pada tahun 1987 kerana berpindah ke Monaco dan menyertai McLaren. Kereta tersebut kemudian bertukar tangan beberapa kali dan dibawa ke Australia pada 2004.
Ini memang orimotor betul dik. Ke orikereta? Ia masih mempunyai kit peralatan asal, sistem stereo Becker Mexico (yang sahih korang tak pernah dengar), pemadam api asal dan kit first aid yang tak pernah dibuka.








