MERCEDES-BENZ C 350 E RASMI DILANCARKAN – JANA 313HP, JARAK GERAK 117KM, HARGA BERMULA RM355K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan varian terbaru C-Class, Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid untuk pasaran tempatan.
Model ini mempunyai dimensi 4,751mm panjang, 1,820mm lebar, dan 1,438mm tinggi dengan jarak roda sepanjang 2,865mm.
Dipasang di kilang pengeluaran di Pekan, C 350 e Plug-in Hybrid tampil lebih dinamik dengan padanan gril corak ikonik Mercedes-Benz, rim aloi lima jejari AMG bersaiz 18-inci.
Perincian lain termasuklah DIGITAL LIGHT, Adaptive Highbeam Assist Plus, panoramic sliding sunroof serta diserlahkan lagi dengan pencahayaan ambien.
Menjengah dalam kabin, ia menerima kelengkapan seperti upholsteri kulit ARTICO, skrin LCD 12.3-inci, skrin infotainmen 11.9-inci, sistem multimedia MBUX generasi terbaru, sistem audio 3D Burmester serta pengecasan telefon pintar tanpa wayar.
Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1,999cc, berupaya menghamburkan kuasa 204hp pada 6,100rpm dan 320Nm tork pada 2,000-4,000rpm.
Nadi berkenaan digandingkan bersama motor elektrik 129hp, tork 440Nm, memberikan output gabungan 313hp, 550Nm tork dan dipadankan dengan tranmisi automatik sembilan-kelajuan.
Model ini mempunyai bateri berkapasiti 25.4kWh yang menawarkan jarak gerak sejauh 117km.
Untuk pengecasan, ia boleh dicas menggunakan pengecasan AC 11kW, di mana ia mengecas 0-100 peratus mengambil masa dua jam sementara pengecasan DC 50kW pula membolehkan pengecasan hanya menelan masa 30 minit.
Ciri keselamatan tersedia untuk C 350 e adalah seperti pakej Lane Tracking, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, Active Blind Spot Assist, kamera 360 darjah, sistem pemantauan tayar dan bantuan parkir aktif.
Untuk harga pula, Mercedes-Benz C 350 e baharu dijual pada harga bermula RM355,000.
GALERI:
- BACA: INSENTIF DITAMATKAN, JUALAN EV DI JERMAN TURUN 54.9 PERATUS
- BACA: VW, RENAULT DAN STELLANTIS JALIN KERJASAMA STRATEGIK – BINA MODEL EV HARGA LEBIH MURAH, BERSAING DENGAN TESLA DAN JENAMA CHINA
- BACA: PORSCHE 959 INI ABANG TIRI NISSAN R32 GT-R. LAIN MAK LAIN BAPAK, TAPI DUDUK SERUMAH
- BACA: PERSAINGAN BERTAMBAH SENGIT, PERANG HARGA NEV SEMAKIN RANCAK DI CHINA