Buletin

MERCEDES-BENZ DEDAH EQG CONCEPT. G-CLASS ELEKTRIK KEKAL RUGGED

Mercedes- Benz secara rasmi mendedahkan EQG Concept yang merupakan G-Class elektrik di IAA Mobility Show 2021 di Munich, Jerman.

Pengeluar jentera berkenaan ingin mengekalkan karakter rugged ditonjolkan G-Wagen berkenaan dalam memasuki era elektrik.

EQG Concept mengekalkan hampir semua panel badan generasi kedua G-Class dengan dipadankan rekaan EQ yang menampilkan gril penuh dan dua tona warna.

Ia turut hadir dengan bar lampu LED bumbung, side guard beriluminasi, rim aloi 22 inci, serta rekaan bampar aerodinamik.

Biarpun, jentera off-road ikonik itu merupakan elektrik sepenuhnya, ia masih dibangunkan berdasarkan rangka ladder G-Class, sistem suspensi bebas di bahagian hadapan dan gandar rigid di belakang.

Selain itu, EQG Concept memiliki keupayaan off-road seperti model yang dijana enjin pembakaran dalaman (ICE) dipadankan pek bateri diintegrasikan ke dalam kerangka untuk titik graviti yang rendah.

Tidak banyak perincian didedahkan Mercedes-Benz berhubung trenkuasa jentera berkenaan.

Bagaimanapun, ia mendapat khidmat empat unit motor elektrik dijangka mampu menawarkan kuasa lebih tinggi berbanding Mercedes-AMG G 63. – carscoops

GALERI:

Google ads
Back to top button