Buletin

HALANG TRAFIK SEMATA-MATA NAK RAKAM TIK-TOK. MERCEDES E-CLASS CABRIO KENA RAMPAS

Bukan mudah menjadi influencer apatah lagi apabila menjadi perhatian ramai pengikut.

Bahkan, bergelar influencer perlu memainkan peranan dalam mencorak masyarakat terutama di media sosial.

Kalau bodoh tindakan influencer berkenaan, kemungkinan besar pengikut-pengikut yang ramai akan terikut sekali kebodohan tersebut.

Insiden yang berlaku di Albania perlu dijadikan teladan apabila sekumpulan wanita sanggup menghalang laluan trafik semata-mata ingin merakam video Tik-Tok.

Dalam klip video terbabit,  mereka menaiki Mercedes E-Class Cabrio sebelum menghentikan di tengah jalan raya Teodor Keko, Albania sambil menari di depan kenderaan terbabit.

Tindakan berkenaan bukan sahaja mengggangu lalu lintas tetapi mengundang kemarahan pengguna jalan raya lain.

Berikutan kejadian itu, pihak polis telah mengambil tindakan dengan merampas kenderaan  tersebut sebagai bahan bukti dan pemandu berusia 21 tahun dikenakan denda sebanyak lek 50,000 (RM2,023).

Pemandu berkenaan turut didapati tidak memiliki lesen memandu.

Justeru, pihak berkuasa sedang mengenal pasti dan mendakwa individu bertanggungjawab memberi kebenaran memandu kereta kepada warganegara yang tidak memiliki lesen memandu. – carscoops/albanian daily

Google ads
Back to top button