Buletin

MERCEDES-BENZ GLE 450 AMG LINE – SUV MEWAH UNTUK OFF-ROAD, RM633,888 SEUNIT

SHARE

Mercedes-Benz Malaysia semalam melancarkan Mercedes-Benz GLE 450 AMG Line serba baharu secara rasmi.

Sarat dengan pelbagai inovasi, jentera baharu itu menampilkan reka bentuk ikonik Mercedes-Benz dan menyerlahkan karekternya sebagai sebuah SUV off-road.

GLE 450 AMG Line dijana oleh enjin enam selinder turbo bersesaran 3.0L yang mampu menjana kuasa 367hp. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatic 9 kelajuan 9G-TRONIC bersama mode DYNAMIC SELECT.

Kualiti pengendalian dipertingkatkan lagi dengan suspensi udara aktif AIRMATIC, E-ACTIVE BODY CONTROL dan sistem redaman ADS. Lebih menarik lagi, setiap roda suspensi udara itu boleh dikawal secara berasingan.

Tidak ketinggalan, sistem bantuan pemanduan termaju, Active Stop-and-Go Assist dan sistem telematik generasi terkini bersama akses internet.

Pelanggan boleh memilih GLE 450 AMG Line dengan lima atau tujuh tempat duduk.  

Ruang kabin dibina dengan kontras di antara aspek kemewahan, rekaan elegan dan sistem multimedia digital MBUX berteknologi tinggi.

MBUX yang telah ditambah barik daripada model A-Class itu hadir bersama dua unit skrin bersaiz 12.3 dan 31.2 inci yang disusun bersebelaan untuk pandangan skrin lebar yang mengagumkan.

Sistem LINGUATRONIC yang ada pada MBUX akan menurut setiap arahan suara pemandu. Ia juga dikatakan mampu mengenal pasti dan memahami setiap ayat untuk menukar fungsi infohibur dan operasi kenderaan.

Gayaan luaran GLE 450 AMG Line yang mewah diserlahkan menerusi Night Package. Ia terdiri daripada bodykit AMG, gril radiatpr dengan pin krom, rim aloi ringan lima jejari AMG bersaiz 22 inci dan grafik lampu MULTIBEAM LED

Model baharu ini juga didatangkan dengan Acoustic Comfort Package yang membuatkan kabin menjadi jauh lebih senyap.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button