Buletin

PETRON LANCAR RON100 – RM2.80 SELITER!

Petron hari ini melancarkan secara rasmi petrol dengan gred RON100 di pasaran Malaysia.

Petron-Blaze-100-Euro-4M-mekanika (6)

Dikenali sebagai Blaze 100 Euro 4M, bahan api ini menawarkan prestasi yang terbaik kepada enjin kenderaan anda. Petrol ini ditawarkan pada harga RM2.80 seliter mulai sekarang.

Petron-Blaze-100-Euro-4M-mekanika (1)

Blaze 100 Euro 4M diformulasi dengan Tri-Activ, satu formula tiga aksi yang memberi lebih kuasa, perlindungan enjin dan penjimatan. Mampu menawarkan pembersihan enjin luar biasa, petrol ini turut memenuhi piawaian Euro 4M. Blaze 100 Euro 4M dihasilkan di kilang Petron Port Dickson.

Sebagai permulaan, Blaze 100 Euro 4M boleh didapati di lapan buah stesen minyak di Lembah Klang dan Johor. Ia akan dikembangkan ke lebih banyak stesen minyak dalam masa terdekat.

Petron-Blaze-100-Euro-4M-mekanika (5)

Senarai stesen minyak Petron dengan Blaze 100 Euro 4M adalah seperti berikut:

* Petron ML3 Lebuh Raya Persekutuan

* Petron Taman Tun Dr. Ismail

* Petron Damansara Kayu Ara

* Petron Kesas (hala barat)

* Petron Jalan Maarof, Bangsar

* Petron Sg. Besi (hala selatan)

* Petron Skudai (tol hala utara)

* Petron Linkedua (hala selatan)

Petron-Blaze-100-Euro-4M-mekanika (8)

“Kami akan mengembangkan tawaran Blaze 100 Euro 4M ke 30 hingga buah stesen minyak Petron lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Peluasan tawaran petrol ini bagaimanapun bergantung kepada permintaan pelanggan,” kata Ketua Perdagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button