Buletin

MERCEDES-BENZ SIAR IMEJ KABIN EQE SUV, PELANCARAN 16 OKTOBER

Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum pelancaran rasmi SUV elektrik EQE dibuat, Mercedes-Benz baru-baru ini mendedahkan pula rekaan ruang kabin model terbaharu mereka.

Disifatkan sebagai varian pelbagai guna untuk model sedan Mercedes-Benz EQE, EQE SUV ini dijangka menawarkan ruang kabin termasuk ruang kaki, kepala, dan siku yang terluas di dalam kelasnya.

Berkongsi platform yang sama dengan EQE Sedan, EQE SUV turut menampilkan skrin gergasi MBUX Hyperscreen dengan tiga skrin paparan berbeza, corong pendingin hawa dengan rekaan turbin, serta gandingan tema moden dan tradisional menerusi pemilihan bahan serta warna upholsteri yang ditawarkan.

Dari segi penawaran kuasa, EQE SUV dijangka membawakan konfigurasi trenkuasa yang sama dengan model EQE Sedan, serta tidak ketinggalan versi pantas AMG yang menampilkan motor elektrik berkembar berkuasa 677 hp untuk versi EQE 53, atau 469 hp untuk versi EQE 43.

Pelancaran rasmi Mercedes-Benz EQE SUV ini akan berlangsung di peringkat global pada 16 Oktober 2022.

Google ads
Back to top button