Buletin

MERCEDES-BENZ TERUS JUARAI SEGMEN PREMIUM. 10,020 UNIT TERJUAL PADA 2019

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melabuhkan tirai tahun 2019 dengan mengekalkan kedudukan pertama dalam segmen premium menerusi jualan 10,020 unit kenderaan dan penguasaan pasaran sebanyak 1.8 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner berkata, “Kami juga meraikan ulang tahun ke-15 dari segi pengeluaran tempatan dengan mencatat 100,000 unit kenderaan dan memulakan eksport ke Filipina.”

Antara pelancaran yang menarik perhatian pelanggan termasuklah E-Class dengan kemunculan E 350 AMG Line, E 200 SPORTSTYLE Avantgarde dan E 300 Exclusive Line.

Tidak ketinggalan, pelancaran A-Class sedan dengan varian A200 dan A250. Model SUV terbaru GLC dan GLE, Mercedes-AMG A35, Mercedes-AMG GT R dan GT C, model SUV GLC 200, 300 dan 300 baharu.

Tahun 2019 menyaksikan pelancaran tiga kereta AMG iaitu  Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC +, Mercedes-AMG C 63 S Coupé dan Mercedes-AMG C 63 S.

MBM turut memperkenalkan S-Class Plug-in Hybrid pertama, S560e yang hadir dengan reka bentuk mewah dan kemampuan tenaga elektrik.

MBM ada melancarkan cawangan baharunya, Autohouse Mercedes-Benz di Mutiara Damansara dalam usaha meningkatkan aspek pemasarannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) turut menawarkan perkhidmatan pemilikan inovatif kepada pelanggan. Sepanjang 2019, MBSM telah membiayai lima daripada setiap 10 kenderaan yang berjaya dijual, sekali gus memiliki portfolio bernilai RM2.6 bilion.

MBSM juga telah merekodkan satu kontrak baharu bernilai lebih RM1 bilion. Seterusnya memperkenalkan satu kaedah pelan pembiayaan dan insurans yang baru iaitu Mobility Plus.  

Mazda CX30

Ia merupakan program penggantian kereta yang pertama seumpamanya dalam industri penjualan automotiif di Malaysia.

Program itu dilaksanakan bersama Lease @ Ease, satu pelan pajakan semua dalam satu yang menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti tayar dan rim, insurans komprehensif, penyelenggaraan serta banyak lagi.

Tags
Google ads
Back to top button