Buletin

MERCEDES CLA45 AMG DILANCARKAN. 2.0L, 382HP!

Inilah antara produksi kereta sedan 2 liter paling berkuasa di dunia selepas CLA 45 S. Mercedes mendedahkan CLA45 AMG hari ini selepas banyak spyshot, khabar angin, gambar-gambar intipan yang meriah sejak beberapa bulan lalu.

Mercedes-AMG CLA 45 untuk tahun 2020 ini telah tiba untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, antara pasaran terpenting Mercedes bagi model ini.

CLA45 AMG ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter Turbocharged M139 yang menghasilkan 382 kuasa kuda dan 354 paun tork (peningkatan 7 hp dan 4 lb-ft berbanding sebelumnya). Ia dipacu sistem transmisi 4MATIC + all-wheel-drive dengan kotak gear berkembar dual-clutch lapan kelajuan.

Angka ini masih mengagumkan, walaupun sedikit rendah dari versi 416 kuasa kuda dan 369 paun tork untuk model CLA 45 S.

CLA 45 akan menjadi model trim tertinggi (setakat ini) dan termasuk banyak ciri standard seperti roda AMG 19 inci, kemasukan tanpa kunci, Digital Instrument Cluster 10.25 inci dan sistem infotainment MBUX 10.25 inci.

Sistem transmisi baru AMG SpeedShift DCT-8G yang baru ini juga sangat pantas dengan perubahan gear pada kepantasan milisaat. Ia turut dibantu sistem 4MATIC + AWD yang sangat canggih sehingga dapat memodulasi nisbah kuasa antara gandar depan dan belakang serta antara roda belakang kiri dan kanan.

AMG telah meletakkan penanda aras baru untuk pesaingnya Audi RS3 dan BMW M2 dari segi prestasi.

2.0 liter, 400 kuasa kuda.

GILA!!

Mazda CX30

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button