;
Buletin

BO YUE PRO KINI DILENGKAPI GKUI19 – BOLEH KAWAL PERANTI PINTAR DI RUMAH DARI DALAM KERETA

Syarikat teknologi milik Geely, ECARX semalam memperkenalkan chipset  dalam kereta terbaharunya, E-Series pada majlis pelancaran sistem GKUI19. 

SUV Geely Bo Yue Pro akan menjadi model pertama yang dipasang dengan GKUI19 dan chipset E-Series. E-Series yang merupakan satu sistem pada chip (SoC) dibangunkan oleh ECARX dan syarikat semikonduktor global dari Taiwan, MediaTek. 

Chipset itu dihasilkan khas untuk kenderaan dengan ketersambungan pintar demi meningkatkan lagi pengalaman pemandu apabila menggunakan GKUI.  Chip yang dikenali sebagai E01 SoC itu menggunakan Unit Pemprosesn Pusat (CPU) berkelajuan tinggi 64-bit quad core. 

Ia kemudian digabungkan dengan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) yang menyokong paparan HD 1080p dan modem 4G yang menawarkan ketersambungan pantas.

ECARX juga dilapor sedang membangunkan E02 SoC yang lebih berkuasa dengan 8-core dan Unit Pemprosesan Neural (NU) bebas yang dijadual dilancarkan tahun depan. 

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Ekosistem Pintar Pintar GKUI Geely telah mengumpul lebih sejuta pengguna aktif dan dipasang pada 22 model Geely. GKUI dikatakan sebagai sistem ketersambungan pintar di dalam kereta yang paling pantas setakat ini dalam industri. 

Dengan adanya chip E-Series, GKUI19 didakwa memiliki keupayaan AI yang lebih baik. Malah, platform baru itu membolehkan awan GKUI dinaik taraf kepada awan AI.

Selain boleh disambungkan dengan mudah kepada peranti pintar xiaomi, Baidu dan JD.com Sekali gus membolehkan pengguna mengawal peranti pintar di rumah dari kenderaan mereka. 

Tags
Google ads
Back to top button