Artikel Pilihan

KOS PENUKARAN 2 PALAM PENCUCUH DAN IGNITION COIL BUGATTI VEYRON, RM 89,000

Kos untuk membela sebuah hypercar memang diketahui sangat mahal, kadangkala boleh menyamai kos membela sebuah jet peribadi. Apatah lagi jika hypercar tersebut dipasang dengan enjin yang sangat rumit seperti Bugatti Veyron yang datang dengan enjin 16 silinder dalam susunan W lengkap dengan sistem 4 turbo

Mungkin ia tidak menjadi masalah jika kos tersebut meliputi kos servis major, tapi berapakah kos pembaikan luar jangka jika enjin 8000cc ini rosak? Persoalan ini terjawab dengan satu hantaran di laman Reddit, dan dimuatnaik oleh juruteknik yang terlibat dengan proses pembaikan kereta tersebut.

Dalam kes ini, pemilik Bugatti Veyron mengatakan hypercar ini mengalami masalah missfire pada halaju 225km/jam. Pemeriksaan oleh pasukan juruteknik dan pusat servis mendapati masalah ini berpunca daripada palam pencucuh di silinder 13 dan juga 16

Pengguna laman sosial Reddit dengan nama Fixitsteven mengatakan kos penggantian komponen kabel palam pencucuh (coil plug) ini bernilai sekitar RM 3255 dan memerlukan masa sehingga sebulan untuk komponen ini sampai setelah ditempah.

Fixitsteven juga melaporkan palam pencucuh kelihatan hampir sama dengan palam pencucuh yang digunakan oleh kebanyakan model Volkswagen yang berharga RM 80 per unit, kecuali bagi model Bugatti Veyron palam pencucuh ini berharga RM 758 per unit

Jika anda terkejut mendengar harga alat ganti ini, jangan khuatir kerana kos keseluruhan penggantian 2 unit palam pencucuh dan 2 unit coil plug ini berharga RM 89,190. Jika kereta biasa memerlukan anda membuka hud enjin bagi mengakses palam pencucuh dan coil plug.

Bagi Bugatti Veyron, mekanik perlu membuka beberapa keping panel badan seperti fender belakang kiri, fender belakang kanan, bahagian panel belakang di atas enjin kecuali bampar belakang sahaja. Mekanik pula perlu menggunakan jig khas untuk mengakses ruang enjin di bawah Bugatti Veyron

Setelah semua panel badan selamat dibuka termasuklah membuka dan memotong zi tie yang mengikat sistem pendawaian kereta termasuklah membuka beberapa pendakap sistem pendawaian. Senang cerita, nak akses kepada 2 komponen ini, habis komponen lain terpaksa dibuka termasuklah sistem pendawaian.

Fixitsteven menyatakan kebiasaanya mekanik di pusat servis Bugatti Miami memerlukan masa antara 40-50 untuk tugasan yang sama manakala pasukannya memerlukan masa 35 jam sahaja. Tapi bagi pemilik Bugatti Veyron ini, kos bukanlah perkara yang dirisaukan oleh mereka, kerana kalau risau pasal kos pembaikan lebih baik beli Myvi iaitu supercar rahmah

Google ads
Back to top button