MERCEDES LANCAR AMG E53, 6 SILINDER HIBRID 603 KUASA KUDA. CUKUP POWER KE GANTI V8?
Dengan tekanan daripada pihak berkuasa dan juga pembangunan kereta elektrik, Mercedes nampaknya sudah melupakan salah satu enjin V8 turbo berkembar. Namun ini tidak bermakna Mercedes akan menumpukan sepenuhnya sumber mereka kepada pembangunan kereta elektrik
Mercedes melalui subsidiari mereka iaitu AMG bakal memperkenalkan sebuah lagi sedan dan wagon berkuasa tinggi dalam model E-Class. Jika dulu model ini pernah menggunakan enjin V8, pada kali ini ia akan diperkenalkan dengan menggunakan enjin 6 silinder turbo lengkap dengan sistem hibrid
Dinamakan sebagai E53, kita boleh membayangkan yang enjin 3000cc 6 silinder ini boleh menawarkan sehingga 577 kuasa kuda dengan bantuan turbo dan juga sistem hibrid. Jika model lama enjin 6 silinder turbo ini menjana sekitar 429 kuasa kuda, enjin terbaru 6 silinder ini sudah berupaya menjana sehingga 443 kuasa kuda
Sistem hibrid dan motor elektrik pula akan menjana sehingga 161 kuasa kuda dan gabungan sistem hibrid ini menghamburkan sehingga 577 kuasa kuda. Terdapat satu mod pemanduan khas yang disediakan iaitu Race Start, bagi meningkatkan keupyaan enjin dan sistem hibrid sehingga 603 kuasa kuda dan 750Nm tork untuk perlumbaan pecutan di jalan lurus.
Kuasa ini membenarkan E53 memecut dari 0-100km/jam dalam masa 3.8 saat bagi sedan dan 3.9 saat bagi wagon tetapi halaju maksimumnya dihadkan kepada 250km/jam sahaja. Tapi jika anda ada banyak duit, AMG menawarkan Driver’s Package yang membenarkan E53 ini dipandu sehingga 280km/jam bagi sedan dan 275km/jam bagi wagon.
Tetapi jika anda boleh memandu santai, sistem hibrid ini membenarkan anda memandu dalam mode elektrik sepenuhnya dengan halaju tertinggi mencapai 140km/jam. Sistem PHEV ini merupakan sistem yang sama digunakan oleh model GLE 53 dengan bateri sebesar 21.22 kWh disimpan di bahagian belakang kenderaan.
Bateri ini juga membenarkan E53 dipandu sejauh 100km mengikut anggaran WLTP dalam mode elektrik sepenuhnya. Berbeza dengan sistem hibrid lain, motor elektrik sistem hibrid dipasang terbina dalam sistem gear 9 kelajuan bagi menjimatkan ruang
AMG E53 juga berbeza dengan varian biasa seperti menggunakan kerangka cesi yang leboh keras, cakera brek yang lebih besar dan sistem stering roda belakang. Sistem AWD 4 Matic juga digandingkan dengan sistem suspensi adaptif dengan penyerap hentak boleh ubah
Rekaan luar diberikan dengan bampar yang lebih agresif, fender yang lebih lebar, jeriji depan dengan lampu hiasan dan juga 4 ekzos di bahagian belakang. Gandar di belakang juga adalah leboh lebar bagi memuatkan sistem stering belakang, AWD dan juga penyerap hentak adaptif.
Tiada varian 2 pintu yang ditawarkan, tetapi bagi pembeli yang berminat dengan E Class 2 pintu, mereka boleh memilih model CLE53 dengan ejin 3000cc 6 slinder sebaris turbo tapi tidak dipasang dengan sistem hibrid PHEV dan hanya menjana 443 kuasa kuda dan 600Nm tork sahaja
Bagi varian yang lebih berkuasa, Mercedes juga merancang untuk menghasilkan varian E63 dan sudah tentu dengan bantuan sistem hibrid PHEV dan juga turbo. Sebagai contoh Mercedes-Benz AMG C63 menjana sehingga 671 kuasa kuda dan 1020Nm tork daripada enjin 2000cc 4 silinder turbo dan sistem PHEV