Buletin

MERCEDES PERCEPAT PROJEK KERETA ELEKTRIK

Kereta yang dikuasakan tenaga elektrik sepenuhnya tidak besar mana pun pasarannya sekarang. Tapi mungkin akan jadi gaya hidup akan datang. Kita tidak akan tahu, tapi pemain utama industri sedar hakikat ini dan tidak mahu ketinggalan. Siapa yang lambat mungkin jadi Nokia atau Blackberry.

Mercedes Electric (4)

Kumpulan Daimler (Mercedes Benz)- walaupun mempunyai sektor pembangunan kenderaan cekap tenaga yang lengkap, tetap percaya kenderaan elektrik bakal mengambil alih pasaran masa depan.

CEO Daimler, Dieter Zetsche memberitahu mereka sedang giat mempercepatkan pembangunan teknologi elektrik ini berbanding jadual sebenar. Dijangkakan lebih banyak model kereta elektrik akan dipamerkan pada Paris Auto Show Oktober nanti.

Mercedes Electric (3)

Kumpulan Daimler telah menambah bajet tahunan mereka untuk proses ini di mana pada 2014 sebanyak €5.7 billion (RM25.65 billion) sementara pada 2015 meningkat pada €6.6 billion (RM29.7 billion)

Perlumbaan mengejar teknologi ini juga memastikan kereta elektrik Mercedes pertama akan dijual sebelum tahun 2020. Sasaran mereka ialah jarak perjalanan 500km untuk sekali cas.

Google ads
Back to top button