Buletin

BUGATTI GALIBIER – 8000CC, W16, 1500HP – ISTANA BERKUASA ROKET

Pada 2011, CEO Bugatti ketika itu, Wolfgang Duerheimer telah meluluskan projek Galibier 16C. Ia sebuah saloon super mewah yang bakal menjadi pesaing Rolls Roys Phantom. Namun ketika Wolfgang Duerheimer ditukarkan ke Audi, pengganti beliau tidak meneruskan Galibier dan memutuskan untuk projek  Chiron yang merupakan model gantian Veyron.

Bugatti-Galibier-3[2]

Tahun ini, Wolfgang Duerheimer sudah kembali semula di kedudukan tertinggi di Bugatti. Walaupun skandal emisi disel syarikat utama mereka Volkswagen belum reda, beliau optimis untuk meneruskan empat teras produk Bugatti akan datang.

Tanpa berselindung, Galibier menjadi keutamaannya buat masa ini. Selain itu, pelan syarikat ini juga merangkumi projek SUV super mewah yang akan bersaing dengan Rolls Royce Callinan, projek kereta mewah janaan elektrik dan sebuah supercar lebih murah dari Chiron, untuk bersaing dalam liga Ferrari dan Lamborghini.
Bugatti-Galibier-5[2]

Jadi bagaimana teknologi sebuah Istana yang bergerak sepantas roket?

Asas paling hampir dengan Galibier ialah platform MSB yang dibangunkan untuk model Panamera terbaru. Kemungkinan besar Galibier akan bergantung pada kerangka ini adalah tinggi kerana ia baru sahaja dibangunkan dengan konsep enjin depan-tengah dengan pacuan belakang/4 roda.

Bugatti-Galibier-6[2]a

Ia bakal dipasangkan dengan enjin sama dari Veyron yang dipertingkatkan untuk Chiron – 8.0 liter bentangan selinder W16 dengan empat buah unit turbo. Namun begitu akan ditala lebih rendah dari kuasa Chiron 1500hp. Sadis betul bunyinya dekat 1500hp, niat nak start kereta je terus dah sampai Kodiang.

Jadi berapakah harganya?

Kereta belum dapat kata putus dibina bagaimana. Tapi kalau mengikut model Chiron yang akan dilancarkan tahun depan, harga jualannya dijangka sekitar 2.5 juta Dolar Amerika atau SEPULUH JUTA RINGGIT MALAYSIA, belum masuk cukai, GST dan segala yang mahal ni lagi.

Google ads
Back to top button