
MG MERAIKAN ULANG TAHUN KE 100 TAHUN DI GOODWOOD
Pengeluar kenderaan dari Britain MG telah meraikan ulang tahun ke 100 dengan cukup bergaya ketika di Goodwood Festival of Speed dengan tema gabungan masa lalu dan masa depan untuk mencipta pameran yang tidak dapat dilupakan. Duke of Richmond telah membuka Festival of Speed dengan mengetuai perarakan unik Goodwood House bersama jentera lama dan baharu daripada MG disamping ketika mendaki bukit yang cukup ikonik itu.

Duke of Richmond telah berkenan untuk memandu jentera lumba MG yang cukup ikonik MG C-Type yang mendiang datuk Yang Mulia telah pun berlumba di Brooklands Double 12 pada tahun 1931.
Turut menyertai jentera lumba ikonik tersebut adalah model convertible MG Cyberster, MGA Le Mans, MGC GTS Sebring dan MG 6R4 yang mewakili kehebatan masing – masing sama ada di litar lumba mahu pun di jalan raya.
Masa depan dinamik MG telah ditonjolkan dengan penampilan sulung secara global di Festival of Speed ini melalui model konsep MG Cyber GTS dengan kehadiran Jozeb Kaban selaku Naib Presiden Pusat Reka Bentuk Global MG yang telah memperkenalkan model konsep tersebut kepada Duke of Richmond.

Model konsep MG Cyber GTS ini memberikan penghormatan kepada model MGC GTS Sebring, yang memperoleh keputusan tertinggi untuk model standard kilang sewaktu perlumbaan 12 jam yang terkenal pada tahun 1968 dalam kelas prototaip dan yang merupakan kisah penting untuk identiti MG sebagai jenama kereta sport British yang sangat penting.
Hanya terdapat enam model contoh yang dibina dan kereta yang diberi nama jolokan ‘Mable’ yang dipandu oleh Paddy Hopkirk dan Andrew Hedges yang legenda itu berjaya menduduki tempat ke-10 keseluruhan serta menduduki tempat ketiga dalam kategorinya di Sebring, kedua-dua kereta MG ini adalah prototaip perlumbaan eksotik yang tidak berkaitan dengan mana-mana kereta sport yang digunakan di jalan raya ketika itu.
Dan bagi meraikan ulang tahun ke 100, MG telah mencipta konsep istimewa yang kedua-duanya merakam semangat MGC GTS Sebring dengan menggunakan rangkaian kuasa EV berprestasi tinggi daripada MG sendiri seiring dengan pengenalan model Cyberster yang merupakan EV dua tempat duduk terbuka pertama di dunia yang memasuki proses produksi.

Turut ditayangkan juga adalah model EXE181 yang diilhamkan daripada model MG EX181 asal yang memecahkan pelbagai rekod rekod pada waktu kemuncaknya.
BACA : HISPANO SUIZA CARMEN BOULOGNE MEMBUAT KEMUNCULAN ISTIMEWA DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED
BACA : KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL