Artikel Pilihan

BATMOBILE SI ADIWIRA DI BEAULIEU HOT ROD & CUSTOM DRIVE-IN DAY

Hot Rod & Custom Drive-In Day yang bakal berlangsung tanggal 18 haribulan Jun 2017 bertempat di Beaulieu bakal menerima kehadiran istimewa, Batmobile si Adiwira bersama-sama dengan deretan jentera yang telah dibina secara kustom khusus untuk acara ini.

BACA : HOT ROD? RAT ROD? YA. AMERIKA? BUKAN. INI DARI JOHOR!

BACA : TMS 2015 – GAYA HOTROD TOYOTA KIKAI

Batmobile yang diinspirasikan daripada filem Batman Forever, jentera ini telah pun dibina dari mula oleh seorang jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Mark Enright dari Podpadstudios di Wiltshire. Kerja gila (mengikut kamus mereka yang tidak faham apa itu erti minat yang mendalam, eceh!) yang dilakukan oleh beliau ini hanyalah menggunakan tenaga tangan sendiri selagi termampu.

Menurut kata Mark setelah dialih bahasa, “Ini adalah kereta kustom sebenar dan ia dibuat menggunakan tenaga tulang empat kerat saya sendiri. Ianya menggunakan enjin 1.8 liter dan chasis di bahagian belakangnya telah menggunakan peralatan daripada Toyota MR2 manakala sterengnya pula menggunakan peralatan daripada kereta Smart“, tambah beliau lagi sambil tangan kanannya memengang gelas yang berisi air minuman lembut (Soft Drink).

Adalah dijangkakan, kereta kustom Batmobile ini pasti akan menerima kuruman yang paling ramai sekali selain daripada melihat jentera Hot Rod sebenar di bumi British ini. Acara Hot Rod & Custom Drive-In Day anjuran kelab peminat kereta American Solent Renegades.

Pengunjung bakal mengalami pemandangan, bunyi dan bau ini ciptaan imaginasi, dari dilucutkan keluar rod panas dan mega berkuasa raksasa untuk menyejukkan adat dan ‘menyelar’ kapal perang. (ok, ayat yang ini Brader Karrager guna google translate. Bukan main barai lagi dia punya terjemahan)

Sebetulnya, sehari sebelum acara tanggal 17hb Jun 2017 pula bakal berlangsung satu lagi acara Simply VW Rally yang bakal mengumpulkan peminat jentera berasal dari bumi Jerman baik dari model klasik seperti Beetle membawa ke siri Golf GTi. Kira pengunjung pada minggu tersebut kira bertuahlah sebab dapat menghabiskan masa hujung minggu dengan melepak bersama sahabat handai dan juga ahli keluarga sambil membelek kereta.

Nak datang berkhemah pun tiada masalah. Ada tapak disediakan dengan bayaran minimal dikenakan. Manakala harga tiket untuk memasuki acara bakal dikenakan £19.50 untuk dewasa dan  £9.50 untuk kanak-kanak jikalau tempahan awal dibuat. Beli tiket jenis walk-in ni mahal sikit orang kata.

Untuk yang berminat untuk menyertai acara ini bolehlah menghantar emel ke [email protected] . Mana tahu, ada Hot Rod Tiara nak masuk sama, iya tak?

Sumber : Beaulieu

Tags
Google ads
Back to top button