" "
Buletin

MICHELIN DAN GM UJI TAYAR TANPA ANGIN – BAKAL DIGUNAKAN PADA TAHUN 2024

Sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, tayar tanpa angin sudah diuji sejak beberapa tahun lalu.   

Selepas menjalin kerjasama dengan Michelin, GM dikatakan bakal menguji tayar UPTIS (Unique Puncture-proof Tire System) pada Chevrolet Bolt hujung tahun ini.

Ujian dalam dunia sebenar itu dibuat untuk membantu membangunkan tayar tersebut dan membolehkannya dipasang pada kenderaan penumpang seawal tahun 2024.  

Tayar tanpa angin juga menawarkan banyak kelebihan kerana ia tidak akan pancit atau meletup. Pemandu tidak perlu bimbang tentang tekanan angin tayar atau masalah haus.

UPTIS dikatakan lebih mesra alam kerana ia dapat mengurangkan jumlah tayar pancit atau rosak. Michelin menganggarkan 20 peratus atau 200 juta tayar dibuang setiap tahun kerana pancit atau haus.

Dengan UPTIS, anda tidak lagi memerlukan tayar gantian. GM menyatakan ini sekalu gus dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah, tenaga dan emisi.

Menurut Naib Presiden Kanan GM, Steve Kiefer, pihaknya teruja mengenai kemungkinan yang ditawarkan oleh tayar tanpa angin dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Michelin.

“UPIS merupakan satu penyelesaian ideal untuk memacu industri automotif. Ia menjadi bukti bahawa pelanggan akan mendapat manfaat apabila kami berkolaborasi dengan rakan strategik dan para pembekal,” kata Kiefer.

Google ads
Back to top button