Buletin

124 RIM DAN TAYAR DICURI DALAM SATU MALAM – KERUGIAN CECAH SETENGAH JUTA RINGGIT

Seorang pengurus di sebuah pengedar kenderaan, Matt Bowers Chevrolet di Lousiana, Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati sejumlah besar tayar kenderaan milik mereka dicuri.

Pencuri dilapor berjaya membuka kunci, mematikan sistem penggera, CCTV dan hanya menggunakan lampu di kawasan parkir untuk bekerja dalam keadaan gelap tanpa dapat dikesan oleh sesiapa.

Pasukan polis Slidell mengesyaki kejadian ini dilakukan oleh sekumpulan pencuri profesional. Jika dicampur dengan pelbagai barangan lain turut dicuri, kerugian dianggarkan bernilai lebih AS$124,000 (RM515,000).

Dua orang suspek yang sempat dirakam berjaya melarikan 124 rim dan tayar sebelum memasukkannya ke dalam sebuah van kargo U-Haul. Ia melibatkan tayar 31 buah kenderaan pelbagai jenama.

Polis mengakui agak mustahil untuk mengesan rim atau tayar yang dicuri itu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-dua barangan itu mudah untuk dijual kepada pihak ketiga.

Pengedar kenderaan terbabit memberitahu suspek mensasarkan rim aluminium bersaiz 20 inci dan ke atas.

Matt Bowers Chevrolet menawarkan ganjaran sebanyak AS$25,000 (RM104,000) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga penjenayah ditangkap.

Raya sakan la dia orang kali ni..

kredit foto: FB Jabatan Polis Slidell

Tags
Google ads
Back to top button