Buletin

MENANG HONDA CITY DAN BEKALAN TAYAR SELAMA 10 TAHUN DENGAN GOODYEAR

Sempena musim perayaan tidak lama lagi, Goodyear Malaysia kini menganjurkan promosi Ramadhan and Raya – Goodyear Win a car.

Bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019, anda berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda City dan bekalan tayar selama 10 tahun.

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua set berbeza yang ditawarkan semasa tempoh promosi. Pertama, tayar berprestasi tinggi daripada rangkaian Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5.

Sementara pilihan kedua pula melibatkan rangkaian tayar Assurance TripleMax, Assurance TripleMax 2, Wrangler TripleMax dan Optilife yang lebih mampu milik.

Promosi itu juga merangkumi tayar mewah paling senyap iaitu Goodyear EfficientGrip Performance (EGP) dan tayar SUV.

Kedua-dua tayar tersebut menawarkan inovasi teknologi Quiet Tred, ActiveBraking, FuelSaving dan WearControl bersama teknologi FlexContact dalam tayar Goodyear EGP SUV bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Satu lagi tayar adalah rangkaian Goodyear Assurance TripleMax 2 (ATM2). Dihasilkan dengan Teknologi HydroTred terkini, ia menjanjikan jarak brek yang lebih baik, khasnya di atas jalan basah.

Ia hadir dengan rekaan bunga tayar yang simetri. Sekali gus dapat menawarkan aspek pengendalian yang lebih baik dan selesa.

Membeli salah satu tayar ini melayakkan pelanggan untuk mendapat satu cabutan bertuah hadiah utama.

Mereka yang membeli empat buah tayar berprestasi tinggi pula boleh menebus satu unit pengecas dalam kenderaan yang turut berfungsi sebagai penyegar udara.

Bagi menyertai cabutan bertuah, pelanggan hanya perlu mendaftar dalam Program Worry-Free Assurance secara dalam talian.

Maklumat lanjut berkenaan kempen Hari Raya Goodyear, sila layari laman web https://www.goodyear.com.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/

Google ads
Back to top button