Motosikal

HONDA SEDANG BINA AFRICA TWIN 850CC?

Honda kini dilapor sedang sibuk membangunkan jentera adventure Africa Twin dengan sesaran enjin lebih kecil.

Diberi nama Honda CRF850L, motosikal itu akan diposisikan di bawah Africa Twin 1,100 serta bersaing secara langsung dengan model-model seperti BMW F850GS, KTM Adventure R dan Yamaha Tenere 700.

Buat masa sekarang, rangkaian model ADV Honda terdiri daripa model CRF250L, CRF250 Rally dan CRF1000L Africa Twin.

Tidak dapat dinafikan bahawa segmen ADV bersaiz sederhana memang berkembang sekarang. Jadi, tindakan Honda untuk menghasilkan jentera tersebut tidaklah mengejutkan.

Mengikut laporan media Jepun, motosikal itu mungkin diperkenalkan pada tahun 2020 dan dijual sebagai model 2021.

Setakat ini, masih belum ada foto mengenainya. Namun, ia mungkin berkongsi rekaan Africa Twin sedia ada, menggunakan rim bersaiz 21 inci di hadapan, kedudukan ekzos lebih tinggi dan sebagainya.  

Motosikal itu pasti ditawarkan pada harga lebih rendah dan bakal menarik perhatian peminat motosikal ADV yang kurang hardcore.

Google ads
Back to top button