MICHELIN JEMPUT GAMER WAKILI MALAYSIA DALAM ‘PIALA ASIA MICHELIN DIKUASAKAN OLEH GRAN TURISMO’
MICHELIN, syarikat tayar terkemuka di dunia menjemput para peminat permainan video lumba kereta bagi merebut peluang untuk mewakili Malaysia di Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo.
Acara e-lumba tahunan itu akan menyaksikan para gamer dari Malaysia bertanding dengan peserta-peserta lain dari Thailand, Indonesia, dan Australia untuk menjulang piala.
Hadiah utama berupa pakej perjalanan yang ditanggung sepenuhnya oleh MICHELIN. Ia memberi peluang kepada johan pertandingan itu untuk meneroka dunia MICHELIN dalam kegiatan sukan permotoran dan mobiliti pada acara Michelin Passion Experience (MPE) yang bakal diadakan pada tahun ini di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Naib johan akan membawa pulang satu set tayar MICHELIN, manakala pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan kad bahan api bernilai lebih RM1,500. Pendaftaran bagi pusingan kelayakan akan dibuka mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022. Setiap seorang daripada 500 peserta terawal yang mendaftar di Malaysia akan dihadiahkan barangan MICHELIN eksklusif.
Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo merupakan satu pertandingan e-lumba yang akan menggunakan platform Gran Turismo di PlayStation 4 dalam mod Sport. Peserta berdaftar dikehendaki untuk menghantar catatan masa terbaik mereka bagi Pusingan Kelayakan dari 11 hingga 15 Julai 2022.
Enam peserta dengan catatan masa terbaik akan diumumkan pada 20 Julai 2022 untuk mewakili Malaysia dalam pusingan Separuh Akhir sebelum berlumba dengan enam wakil peserta terbaik dari tiga lagi negara lain yang mengambil bahagian.
Sejumlah 24 peserta dalam Pusingan Separuh Akhir (enam pemain dari setiap negara: Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Australia) akan dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu akan terdiri daripada 12 pemain.
Enam pemain terpantas dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan Akhir yang akan disiarkan secara langsung pada 26 Ogos 2022 bermula jam 8 malam (Malaysia) di akaun Facebook rasmi MICHELIN Malaysia berserta saluran-saluran media sosial yang lain. Tiga peserta di tangga teratas akan diumumkan secara rasmi pada 30 Ogos 2022.
Sila maklum bahawa Pemenang Hadiah Utama haruslah memiliki lesen memandu atau lesen perlumbaan yang masih sah sehingga selewat-lewatnya 9 September 2022 layak menuntut hadiah berkenaan.
Untuk mengambil bahagian dalam Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo, sila daftarkan di https://gperacing.com/michelin/ mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.