Motosikal

MICHELIN POWER 6, POWER GP2, ANAKEE ROAD BAHARU KINI DI MALAYSIA – DARI RM1,020

Michelin Malaysia telah melancarkan tiga model tayar motosikal baharu untuk pasaran tempatan menerusi Michelin Power 6, Power GP2 dan Anakee Road. 

Michelin Power 6

Michelin Power 6 merupakan tayar yang dibangunkan khas untuk kegunaan harian dan menawarkan keterujaan menunggang umpama di litar lumba. 

Menurut Michelin Malaysia, Power 6 menawarkan cengkaman optimum dalam apa jua keadaan permukaan jalan termasuk basah. Sementara itu, Michelin Power 6 ini adalah sesuai untuk motosikal bersesaran 300cc ke atas dan hanya untuk rim saiz 17-inci sahaja. Michelin Power 6 ini ditawarkan pada harga bermula RM1,020 hingga RM2,000.

Michelin Power GP2

Tayar yang pada awalnya dibangunkan untuk kegunaan di litar lumba kini dibolehkan untuk jalan raya. Menurut Michelin, tayar ini sesuai untuk jentera segmen super sport 600cc ke atas. Tayar ini juga menjaminkan cengkaman efisien di permukaan kering dan basah. 

Seperti Power 6, Power GP2 juga hanya tersedia untuk rim 17-inci sahaja dengan harga jualan bermula dari RM1,300 hingga RM1,700. 

Michelin Anakee Road 

Berbeza dengan Power 6 dan Power GP2 yang dibangunkan untuk jalan raya, Michelin Anakee Road pula dihasilkan untuk kegunaan motosikal jalan raya yang berkeupayaan ‘off-road’.

Tayar ini ditawarkan untuk rim 17-inci, 18-inci dan 19-inci dan dijual pada harga bermula RM1,300 hingga RM1,700.

Google ads
Back to top button