
BELI TAYAR EV MICHELIN, DAPAT PULANGAN TUNAI E-DOMPET SEHINGGA RM400
Michelin Malaysia kini bersedia untuk memasuki era kenderaan elektrik dengan memperkenalkan aneka tayar mesra EV yang serba canggih.
Pengeluar tayar premium ini telah merangka barisan tayar yang mampu memenuhi keperluan kenderaan paling mencabar untuk pemilik kenderaan elektrik di negara ini.
Dalam usaha untuk memastikan pengalaman pemanduan terbaik, tayar-tayar Michelin direka khas bagi memenuhi pelbagai aspek penting.
Dari segi keselesaan akustik hingga ke cengkaman dan pengurusan berat, kenderaan elektrik membawa cabaran yang lebih tinggi, di mana tayar Michelin sudah bersedia untuk mengatasinya.

Bermula hari ini hingga 19 Julai, Michelin menawarkan pelbagai pulangan tunai eksklusif kepada pelanggan EV yang membeli tayar-tayar terpilih.
Pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua tayar Kereta Penumpang atau SUV MICHELIN sedia EV dalam saiz 16-inci dan ke atas akan menerima pulangan tunai e-dompet bernilai sehingga RM400.
Tawaran ini boleh didapati melalui GrabFood E-code atau PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go setelah penyertaan diluluskan.
Untuk mengambil bahagian dalam promosi ini, pelanggan hanya perlu melayari laman sesawang https://promo.michelin.com.my/promotions/ev-promo-2024 dan mengisi butiran diperlukan beserta bukti pembelian pada pautan borang disediakan.
Peserta yang berjaya akan menerima kod pulangan tunai mereka melalui SMS atau e-mel dalam tempoh 10 hari bekerja.
Model-model tayar yang terlibat dalam promosi ini boleh dibeli di semua pusat pengedaran TYREPLUS dan MICHELIN Expert Centre serta di MICHELIN Associate Dealers terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi EV 2024 oleh Michelin Malaysia, sila layari Laman Sesawang Rasmi Michelin di https://www.michelin.com.my/auto/promotions.
- BACA: CHERY AUTO MALAYSIA LANCAR UNIT KE-10,000 DI KEMUDAHAN INOKOM, PENGELUARAN TIGGO 7 PRO CKD BERMULA
- BACA: JUALAN PERLAHAN, GWM BERHENTIKAN KAKITANGAN, TUTUP OPERASI DI MUNICH
- BACA: GARAJ TERBAKAR, EMPAT KERETA, DUA MOTOSIKAL MUSNAH DIJILAT API
- BACA: KENALKAN MERCEDES-BENZ G-WOODEN – REPLIKA G-WAGON DARIPADA KAYU







