Buletin

FORD REKA KERETA GUNA HOLOGRAM, TERIMA KASIH MICROSOFT

Jaga-jaga Apple dan Google sebab teknologi Hologram yang dibangunkan Microsoft semakin menjadi realiti. Tetapi sebelum itu, teknologi tersebut mula dipakai oleh pereka kereta.

Pereka Ford di studio Dearborn Michigan, Amerika Syarikat sejak setahun lalu sudah mula menggunakan teknologi Microsoft HoloLens. Teknologi tersebut membolehkan pereka menukar beberapa bahagian seperti cermin sisi, gril, interior dan pelbagai lagi dalam masa beberapa saat sahaja.

Pereka juga boleh bereksperimen dengan pelbagai bentuk, saiz dan tekstur kenderaan dalam masa beberapa minit dan jam berbanding dengan membina model tanah liat yang mungkin mengambil masa beberapa dan bulan untuk dihasilkan.

Teknologi HoloLens menggunakan gabungan di antara bentuk sebenar kenderaan dan teknologi hologram melalui set kepala (headset) realiti maya (virtual reality). Pereka boleh mengubah atau menggantikan reka bentuk sedia ada dengan beberapa alternatif lain yang dilayarkan pada kereta sebenar atau model tanah liat.

Berikut ialah bagaimana Microsoft HoloLens berfungsi:

  • Apabila pereka memakai set kepala dan bergerak mengelilingi kenderaan sebenar, HoloLens akan mengimbas dan memeta kawasan persekitaran jauh lebih tepat dari GPS untuk menghasilkan hologram dan imej dari sudut mana kenderaan itu diperhati
  • Komputer Windows 10 yang diletakkan dalam set kepala akan memproses kerja-kerja tersebut tanpa perlu menggunakan kabel yang disambung kepada Komputer Peribadi (PC). Sebelum ini, set kepala perlu disambung menggunakan kabel dari PC
  • Pereka dapat melihat imej holografik 3D seolah-olah komponen pada kenderaan sebenar. Dari situ pereka boleh menilai rekaan dan melakukan ubah suai sebelum reka bentuk akhir diputuskan
  • Teknologi seperti ini penting kerana pereka bukan sahaja perlu menerangkan tetapi juga harus menunjukkan atau memberi visual dengan jelas

Kebaikan HoloLens

  • Ford menggunakan teknologi ini bagi membolehkan pereka dan jurutera berkerjasama supaya mereka dapat memahami apa yang bakal dialami oleh pelanggan
  • Sebagai contoh, pereka dan jurutera dapat menilai bagaimana sesebuah cermin sisi kelihatan secara estetik dan apa yang dapat dilihat oleh pengguna melalui cermin tersebut
  • Pada masa sekarang, reka bentuk kecil seperti gril sekali pun mengambil masa berminggu-minggu untuk dikaji. HoloLens pula mampu memendekkan masa tersebut kepada beberapa jama sahaja
  • Set kepala yang dipakai boleh diserasikan kepada pengguna lain dan ini membolehkan pasukan pembangunan menilai idea mereka
  • Teknologi ini juga membolehkan audio dirakamkan untuk digunapakai kepada ahli pasukan pembangunan yang berada di lokasi atau zon masa berbeza 

Selain meneroka teknologi HoloLens dalam proses reka bentuk, Ford turut menilai untuk menggunakannya dengan lebih meluas seperti dalam proses pembangunan kejuruteraan seterusnya menerajui teknologi visual seperti realiti maya ini.

BACA: TAHUKAH ANDA TANPA BOSCH TEKNOLOGI EV UNTUK KENDERAAN MUNGKIN LAMBAT MENJADI KENYATAAN?

Google ads
Back to top button