Artikel Pilihan

MINI eMASTERED – DARIPADA MINI KLASIK KEPADA SEBUAH EV YANG MODEN

Apabila menyebut tentang model klasik Mini, peminatnya ada di seluruh dunia. Ianya terkenal sebagai sebuah kereta kecil yang comel, tetapi cukup praktikal dan seronok untuk dipandu. Malah, model Mini juga turut diangkat populariti apabila turut menjadi ikon kereta kepada watak Mr Bean.

Tapi apa yang akan terjadi apabila model Mini ini dijelmakan sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV) tetapi dalam masa yang sama rupa dan reka bentuk Mini masih lagi dikekalkan?

Tapi inilah yang dilakukan oleh David Brown Automotive untuk menghasilkan sebuah EV daripada Mini. Inilah dia Mini eMastered.

Sedikit cerita mengenai David Brown Automotive ini, ianya adalah pembuat kereta edisi terhad berdasarkan model sedia ada yang berpangkalan di Silverstone, England. Perusahaan ini dimiliki oleh lelaki British, David Brown yang memulakan operasinya bermula 2013 dengan menghasilkan model Speedback GT sebagai model pertama mereka.

Kini David Brown Automotive memperkenalkan model terbaharu mereka, Mini eMastered, sebuah model EV yang dihasilkan semula daripada model lagenda klasik, Mini. Mini eMastered menggabungkan kepakaran terkemuka dunia marque dalam kemewahan yang ditempah dengan gaya kereta klasik yang ikonik.

Pemilik model ini kelak akan mendapatkan pengalaman pemanduan yang mudah dan senyap hasil daripada trenkuasa  pemacu elektrik yang berkuasa. Mini eMastered ini hanyalah seberat (lebih tepat ringan sebenarnya 640kg, berat yang sama seperti kereta Mini yang asal.

Ianya kini memanfaatkan teknologi elektrik terkini, memberikan pecutan pantas daripada motor elektrik Zonic 70 yang menghasilkan kuasa 72kW (97hp) dan 175Nm tork yang boleh diakses serta-merta. Mini eMastered berupaya membuat pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 8.5 saat sahaja dan ianya mampu memecut pada kelajuan maksimumi (dihadkan secara elektronik) 92mph apabila mode Sport diaktifkan.

Menggunakan pek bateri 18.8kWh, ianya mampu menggerakkan Mini eMastered ini sehingga ke 177 km untuk sekali pengecasan penuh. Cukup ideal untuk pemanduan bandar atau pun berhujung minggu. Tempoh pengesaan penuh juga tidak lama, hanya memerlukan kira – kira tiga jam sahaja.

Paling penting, rupa luaran Mini eMastered ini masih lagi kelihatan seperti yang asli. Tiada penambahan aksesori yang merepek dan merapu.Tetapi ianya telah menerima kerja tingkat taraf di bahagian dalamannya dengan kerja hasil tangan yang cemerlang. Teknologi terkini turut digunakan apabila skrin infohiburan dengan fungsi Android Auto & Apple CarPlay kini tersedia.

Amacam, ada yang berminat nak jadikan Mini klasik anda kepada rupa sebegini?

BACA : MINI REMASTERED, OSELI EDITION – RM508 RIBU!

BACA : SANGGUP KELUAR DUIT RM586K UNTUK MINI KLASIK

Google ads

B K

Back to top button