MINI KLASIK ‘MANGSA’ TERBAHARU KENA CIPLAK DI CHINA?
Satu lagi ikonik automotif barat diciplak pengeluar syarikat kenderaan elektrik (EV) di negara China.
Terbaharu, kereta bandar popular Britain yang dibangunkan BMC, Mini Cooper Classic dan penggantinya dari 1959 hingga 2000 dikatakan telah diciplak sebagai EV terbaharu.
Bahkan, reka bentuk Mini elektrik baharu itu telah dipatenkan di China oleh syarikat dikenali sebagai Beijing Esch Technology Co. Ltd.
Semakan mendapati firma itu disokong dua syarikat lain, iaitu IAT Automobile Technology yang merupakan firma rekabentuk dan kejuruteraan.
Satu lagi syarikat ialah Karlmann King iaitu pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) kustom.
Model EV baharu itu masih mengekalkan semua elemen retro termasuk antena dan rekaan rim aloi gaya 60-an serta pemegang nombor plat klasik.
Selain itu, ia mendapat sentuhan kemasan krom digunakan pada bampar, perumah cermin sisi dan pengilap cermin.
Mini elektrik berkenaan turut dipasang bateri pada bahagian bawah lantai kereta dan sistem pacuan roda depan (FWD) dengan unit motor elektrik bawah bonet.
Dari segi rekaan, ia dikatakan mampu menampung empat tempat duduk.
Bagaimanapun, tiada maklumat lebih terperinci berhubung EV baharu tersebut.
Kita tunggu sahaja apabila ia memasuki pasaran kelak. – carnewschina
- BACA: YOUTUBER TERKENAL ROSAKKAN MINI COOPER JCW SELEPAS 38 KILOMETER PEMANDUAN (VIDEO)
- BACA: SEJARAH MINI COOPER DARI AWAL HINGGA AKHIR – F1 PUN ADA PENGARUH MINI TAU (+VIDEO)
- BACA: MINI COOPER S 3 PINTU, 5 PINTU & JOHN COOPER WORKS 2018 – BERMULA RM226,888 SEUNIT
- BACA: MINI LANCAR COUNTRYMAN PLUG-IN HYBRID WIRED & MINI COOPER S COUNTRYMAN PURE – BERMULA RM228,8888